Sunday, August 16, 2009

Soalan Tudingan Tingkatan 5

BAB
TUDINGAN TEMA 10 – NASIONALISME
[ BAB 1 & BAB 2 TINGKATAN 5 ]

S
E
B1

B1
Faktor Imperialisme / Perubahan Sistem Politik /Gerakan Nasinalisme di Asia Tenggara
B2
B2

Nasionalisme Zaman Jepun / Akhbar / majalah
Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua / Persatuan Negeri

BAB 1 : KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SOALAN 1 , [ TEMA 10 BAB 1 - STRUKTUR]
Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ? ( Buku Teks ms. 3 )

F1 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya

F2 Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu


(b) Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut. ( Buku Teks ms. 5 )

F1 Kedudukannya strategik, laluan perdagangan laut antara China dengan India
F2 Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China
F3 Tanah yang subur untuk pertanian dagang
F4 Kaya dengan bahan mentah


(c) Mengapa perkara berikut mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara. (Buku Teks ms. 6)
(i) Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez
F1 Muatan lebih banyak
F2 Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat
F3 Memendekkan jarak perjalanan
F4 Perjalanan lebih selamat
F5 Menjimatkan kos
(ii) Penciptaan Telegraf
F1 Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
F2 Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
F3 Urusan perdagangan lebih mudah
F4 Perdagangan antarabangsa lebih pesat


(d) Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan antara mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara. ( Buku Teks ms. 6 )

F1 Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
F2 Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan
F3 Mereka lebih maju dan bertamadun
F4 Beban Orang Putih / Bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.
F5 Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur
F6 Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan



SOALAN 2 [ TEMA 10 - BAB 1 – STRUKTUR ]
Tajuk : Perubahan Sistem Politik

Bagi mengukuhkan cita-cita imperialisme untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak imperialis telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara.

(a) Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara. ( Buku Teks ms.8 )

F1 Penubuhan kerajaan pusat
F2 Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
F4 Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang



(b) Nyatakan perubahan yang diperkenalkan Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia. (Buku Teks ms. 9)

F1 Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
F2 Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3 Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
F4 Penubuhan jabatan kerajaan
F5 Penubuhan Dewan Tempatan


(c) Nyatakan tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
(Buku Teks ms. 9 )

F1 Menjaga keamanan
F2 Mengutip cukai
F3 Mengkristiankan penduduk barangay


(d) Berikan tiga kesan penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
(Buku Teks ms. 10 - 11 )

F1 Berakhirnya Dinasti Konbaung
F2 Institusi raja tersingkir
F3 Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus
F4 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma
F5 Pentadbiran tradisional lenyap
F6 Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
F7 Majlis Perundangan diperkenalkan
F8 Beberapa jabatan ditubuhkan


SOALAN 3 ; [TEMA 10 - BAB 1 – ESEI ]
Tajuk : Perubahan Sistem Politik

Huraikan sistem pemerintahan di Indo China sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke negara tersebut. (Buku Teks ms.11 – 12)


Sebelum Kedatangan Perancis

Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak. Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.

Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Dipilih melalui peperiksaan.

Selepas Kedatangan Perancis

Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral. Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

Gabenor Jeneral dibantu Leftenan Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah jajahan / naungan.

Gabenor Jeneral juga dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah

Menubuhkan kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.

Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat. Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga



Apakah perubahan yang dilaksanakan oleh Mongkut dan Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand ( Buku Teks ms. 12 – 13 )

Pembaharuan Raja Mongkut

Melantik 80 orang penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan. Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan.

Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam. Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan.


Pembaharuan Raja Chulalongkorn

Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.

Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan. Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak


Perubahan sistem politik di Tanah Melayu sebelum kedatangan Portugis dan British

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan beraja. Dibantu dengan sistem pembesar empat lipatan.
Selepas kedatangan Portugis Institusi Beraja tersingkir. Pentadbiran diketuai oleh wizurai. Pentadbiran tempatan dikekalkan.

Selepas kedatangan British Tanah Melayu terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran. Iaitu Negeri-negeri Selat , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Terdiri negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Diperingkat negeri pentadbiran diketuai oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran tempatan dikekalkan.

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sultan terpaksa menerima seorang Residen. Residen berperanan memberi nasihat kepada Sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat resam. Residen di keempat-empat negeri pula bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat.

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sultan-sultan masih berkuasa walaupun menerima seorang Penasihat British. Peranan Penasihat British memberi nasihat kepada sultan jika diperlukan.


Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara.

Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan.Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-undang barat.
Terhapusnya institusi raja , contohnya di Burma. Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah tertinggi.

Penguasaan Pegawai Barat. Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran. Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan.

Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah. Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pengenalan sistem undang-undang Barat



SOALAN 4 [ TEMA 10 - BAB 1 – ESEI ]
Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
Nota Ringkas

Faktor pertama , Dasar Penjajah. Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah. Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Faktor kedua, Dasar Ekonomi penjajah. Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas. Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat. Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.

Faktor ketiga, Pengaruh Agama. Agama menjadi alat penyatuan rakyat. Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.

Faktor keempat, Karya Kesusasteraan. Karya membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara. Karya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.

Faktor kelima, Pendidikan. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan. Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja. Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Faktor keenam, Kemunculan Golongan Intelek. Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam. memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan negara.

Faktor ketujuh, Pengaruh Media. Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme. Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.

Faktor kelapan, Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan. Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.. Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah
.
Faktor kesembilan, Pengaruh Luar. Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis. Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.




Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.


Dari segi Sifat / bentuk gerakan.
Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat. Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.

Dari segi Organisasi gerakan nasionalisme.
Gerakan tahap pertama tiada organisasi. Tetapi gerakan tahap kedua mempunyai organisasi yang tersusun.

Matlamat perjuangan pula.
Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.
Manakala gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan. dan membentuk kerajaan sendiri.



Pemimpin perjuangan
Gerakan tahap pertama dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah
Tetapi gerakan tahap kedua dipimpin golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan

Kaedah perjuangan
Gerakan tahap pertama bersifat sederhana. Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan
Tetapi gerakan kedua menggunakan gerakan bersifat radikal. Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.


Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara ain di Asia Tenggara ?
Nota Ringkas

Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah. Pada gerakan nasionalisme tahap pertama rakyat menentang penguasaan politik kerabat diraja.

Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak. Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros. Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.

Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu. Menggubal undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina . Antaranya Membubarkan akhbar dan menutup sekolah Cina.




BAB 2 ; GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUA

SOALAN 5 [ TEMA 10 - BAB 2 – ESEI]
Terangkan bagaimana pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
Nota Ringkas

Dasar pemerintahan ketenteraan Jepun. Pemerintah Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
Jepun memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya. Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak

Akibat tekanan Jepun, gerakan bawah tanah menentang Jepun telah berlaku. PKM telah menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA menjalankan perang gerila terhadap Jepun

Orang Melayu menubuhkan Force 136 / Pasukan Wataniah. Anggotanya terdiri daripada guru/pegawai tadbir kerajaan/orang kampong. Bekerjasama dengan British menentang Jepun

KMM meminta Jepun memberikan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. Untuk menubuhkan negara Melayu Raya/Indonesia Raya. KRIS ditubuhkan untuk melaksanakan tugas

Kesengsaraan hidup zaman penjajah memberi pengajaran. membenci semua penjajah samada British ataupun Jepun. mereka menganggap semua penjajah adalah zalim

Konsep Kesemakmuran Asia diperkenalkan Jepun. Ia menekankan kebebasan negara-negara Asia. Menentaukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dikalangan negara


Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.

F1 Menanam semangat patriotisme dalam setiap tindakan yang dilakukan. F2 Menanam perasaan cinta dan sayangkan negara

F3 Menjamin kedaulatan negara, tidak dijajah oleh kuasa asing. F4 Semangat mempertahankan negara dan bangsa.

F5 Semangat bersaing dan berusaha untuk memajukan diri/bangsa/negara. F6 Menyemai perasaan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu.

F7 Mendorong semangat berkorban demi bangsa dan negara. F8 Mana-mana yang munasabah



SOALAN 6 [ TEMA 10 - BAB 2 – STRUKTUR]


































Rajah di atas merujuk kepada perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

(a) Gerakan Islah ialah

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam.


(b) Namakan dua akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka?

i) al-Imam
ii) Neracha
iii) Idaran Zaman
iv) Pengasuh

(b) Sebutkan dua tokoh yang mempelopori gerakan Islah.

F1 Sheikh Tahir Jalaluddin
F2 Syed Sheikh al-Hadi
F3 Dr. Burhanuddin al-Helmy


(c) Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh oleh Kaum Muda.

F1 Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2 Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
F3 Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
F4 Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu

(d) Berikan sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.
F1 Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua
F2 Undang-undang dikeluarkan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh
Kaum Muda
F3 Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan
F4 Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri-negeri itu.


(e) Apakah sumbangan Kaum Muda dalam pendidikan

F1 menubuhkan beberapa buah madrasah
F2 memperkenalkan Sistem Pendidikan Islam
F3 merangkumi pendidikan dunia dan akhirat
F4 mata pelajaran terdiri fardhu ain , Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris
F5 memebri peluang kepada pelajar perempuan


SOALAN 7 [ TEMA 10 - BAB 2 – ESEI ]
Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu pada tahun 1930-an adalah amat jelas .

Nyatakan isu yang dibangkitkan akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an
Nota Ringkas

Sosial / Pendidikan

F1 Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. F2 Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

F3 Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha. F4 Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan.

F5 Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri. F6 Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi.

F7 Memartabatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran British. F8 Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.

F9 Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Ekonomi

F1 Menggalakkan syarikat kerjasama. F2 Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.

F3 Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu. F4 Melarang orang Melayu menjualkan tanah mereka.

F5 Menyeru orang Melayu berjimat cermat. F6 Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

Politik

F1 Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. F2 Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan tanggungjawab sewajarnya untuk rakyat

F3 Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. F4 Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

F5 Menyeru orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan. F6 Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan


Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an.

F1 Pendidikan untuk anak perempuan. F2 Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.

F3 Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

F4 Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. F5 Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.


F6 Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan. F7 Perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor


Berikan tema-tema semangat kebangsaan oleh Ishak Haji Muhammad melalui novel karangannya

F1 Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan. F2 Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa

F3 Berasa bangga dengan kebolehan sendiri. F4 Menghargai warisan bangsa sendiri. F5Menolak kesenangan demi maruah bangsa.




SOALAN 8 [ TEMA 10 - BAB 2 – STRUKTUR ]
Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa.

(a) Tuliskan tiga tujuan perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri Melayu.
F1 Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
F2 Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
F3 Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
F4 Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
F5 Memajukan diri dan bangsa Melayu
F6 Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
F7 Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / pendidikan / perkhidmatan kerajaan

(b) Nyatakan peranan Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
F1 Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
F2 Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
F3 Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
F4 Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
F5 Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu

(d) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?
F1 Menggalakkan ahli berkenal-kenal
F2 Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
F3 Menggalakkan perpaduan / persaudaraan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu

(e) Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersifat politik.
F1 Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
F2 Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
F3 Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British
F4 Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
F5 Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
F6 Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

(f) Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?
F1 Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan
F2 Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan
F3 Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
F4 Perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
F5 Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi

(g) Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?
F1 Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
F2 Kesulitan perhubungan
F3 Taraf pendidikan yang rendah
F4 Kurang kesedaran penduduk

BAB
TUDINGAN TEMA 11 – NEGARA BANGSA
[ BAB 4 , 5 , 6 , 7 DAN 8 ]

S
E
B3

Undang Tubuh Negeri Johor / Terengganu / Kelantan / Demokrasi di N.Sembilan
B4

Persekutuan Tanah Melayu 1948

B5
Pakatan Murni / Perjanjian Persekutuan 1957 /
B6

Pembentukan Malaysia / Reaksi / Tindak balas



BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA
SOALAN 1 [ TEMA 11 - BAB 3 – ESEI ]
Konsep negara bangsa merujuk pembentukan negara bangsa moden di Eropah. [B/Teks m/s 67-69]
Huraikan usaha-usaha ke arah pembinaan negara bangsa moden di Eropah
Nota Ringkas

Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.

Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prisip penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.

Kekalahan Austria-Hungary dan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Ia mengakibatkan empayarnya dibahagi-bahagikan menjadi negara-negara bangsa baru merdeka.

Count Camillo Benso menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali menjadi sebuah negara.

Beliau bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) menghalau Austria dari Itali.

Beliau mengadakan pungutan suara dan mendapat sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.

Beliau membantu Prussia menewaskan Austria menyebabkan wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali.
Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Camillo menyatukan Itali dan Rom.


Otto Eduard von Bismarck menggunakan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.

Beliau menggunakan pelbagai taktik untuk mencetuskan peperangan bagi menyatukan Jerman.

Beliau juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk membangkitkan semangat rakyat Prusia dimedan tempur.


Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah ?

Tiada kekerasan dalam pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi.

Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam.

Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.

Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.



Jelaskan 4 ciri utama dalam proses pembinaan negara dan bangsa

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk , sempadan dan pemerintahan berwibawa. Di Malaysia ia merujuk Persekutuan Tanah Melayu , Sabah Dan Sarawak.

Negara juga merujuk institusi pemerintahan yang tersusun, bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik, menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.


Bangsa pula merujuk sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah. Juga mempunyai persamaan dari segi bahasa , adat resam dan kesenian serta pengalaman sejarah yang sama.

Kerajaan merujuk institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

Kerajaan negara Malaysia merujuk 3 Badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Perlembagaan ialah peraturan tertinggi samada bertulis atau tidak bertulis. Ia menjadi panduan dan rujukan bagi mentadbir sesebuah negara.

Di Malaysia perlembagaan merupakan peraturan tertinggi bertulis yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.




SOALAN 2 [ TEMA 11 - BAB 3 – ESEI ]

Berikan dua persamaan kandungan antara UUT Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan UUT Negeri Terengganu pada tahun 1911 ?
Nota Ringkas

Raja Berperlembagaan. Kedua-dua Undang-Undang Tubuh (UUT) mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.
Sultan dibantu oleh Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

Menteri Besar.
Persamaan lain kedua-dua UUT, Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
Menteri Besar dilantik oleh Sultan.. Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri.
Persamaan seterusnya, Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan.

Orang Melayu.
Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri. Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu, Islam dan rakyat negeri.
Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja dan kerajaan

Pewaris Tahta.
Pewaris takhta mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan
Larangan.
Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

Islam
Kedua-dua UUT menjadikan Islam sebagai agama negeri


Huraikan Sistem Pentadbiran Jemaah Menteri di Kelantan

Konsepnya pentadbiran bermula semasa Sultan Muhammad 1. Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya

Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri. Tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan

Terdapat 8 Badan Jemaah Menteri ditubuhkan. setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing

Penyingkiran kerabat diraja Kelantan kerana terlibat dalam pertikaian merebut kuasa.
Urusan pentadbiran digantikan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan. Golongan pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II

Jemaah Menteri yang ditubuhkan seperti JM Penasihat Raja / JM Istana / JM Keadilan dan Kehaikman

JM Dalam Negeri / JM Luar / JM Perbendaharaan / JM Peperangan / JM Pentadbiran Dan Mengimarahkan Negeri


Terangkan Sistem pentadbiran dalam Persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur demokrasi.

Pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih. Mengikut adat perpatih Kedaulatan berada di tangan rakyat

Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat paling bawah. Iaitu anak buah melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik Undang. Undang melantik Yang Dipertuan Besar

Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar. Walaupun YDB merupakan pemerintah tertinggi. Pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah

Yang Dipertuan Besar tidak boleh membuat keputusan dalam pentadbiran. Sebaliknya keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah hasil perundingan dengan Undang

Pemerintahan tidak mengamalkan kuasa mutlak. Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat.

Undang akan mengetuai daerah atau jajahan yang dipanggil Luak.
Lembaga pula bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
Buapak pula akan menjadi rujukan anak buah bagi setiap masalah

Permuafakatan antara suku dalam memilih pemimpin. Pemilihan seseorang ketua atau pemimpin juga mengambil kira suara mejoriti.








BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

SOALAN 3 [ TEMA 11 - BAB 4 – STRUKTUR ]

Tajuk – Malayan Union

(a) Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union. (B/Teks ms. 98)

F1 diugut akan diturunkan daripada takhta
F2 masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
F3 atas dasar setia kawan kepada British


(b) Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. (B/Teks ms. 99)

F1 Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
F2 Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
F3 Tiada sebarang kuasa
F4 Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
F5 Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah


(c) Sebutkan kesan ke atas orang Melayu terhadap syarat kerakyatan malayan Union yang longgar. (B/Teks ms. 99)

F1 Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
F2 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
F3 Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur
F4 Ketinggalan dalam bidang pendidikan


(d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union. (B/Teks ms. 100 - 101)
F1 Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu
F2 Mengadakan demonstrasi sedara damai
F3 Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union
F4 Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
F5 Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu
F6 Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
F7 Mengadakan rapat umum
F8 Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan

SOALAN 4 [ TEMA 11 - BAB 4 – STRUKTUR ]

Tajuk : Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

(a) Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British

F1 mereka memilih rundingan untuk menolak Malayan Union
F2 tidak menuntut kemerdekaan daripada British
F3 Bersikap sederhana
F4 bimbang orang Melayu dipengaruhi gerakan politik Indonesia


(b) Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persektutan Tanah Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.
F1 Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip Malayan Union
F2 Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu
F3 menolak kerakyatan terbuka Malayan Union
F4 Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu
F5 menuntut kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui


(c) Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi menentang perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

F1 Jawatankuasa Eksekutif tidak diwakili semua pihak
F2 Tidak ada seorang pun perwakilan orang dagang
F3 menuntut sebuah Republik
F4 menuntut kemerdekaan penuh

(d) Apakah bentuk tentangan yang digunakan oleh golongan ini

F1 ceramah politik
F2 demonstrasi
F3 mogok
F4 mencadangkan Perlembagaan Rakyat

(e) Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat 1947.

F1 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
F2 Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-majlis Negeri dipilih
F3 Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
F4 Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
F5 Adat istiadat dan agama Islam dikembalikan
F6 Kerakyatan yang sama rata
F7 Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
F8 Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi
F9 Pertahanan menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu
F10 Bangsa Tanah Melayu dikenali Melayu


BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

SOALAN 5 [ TEMA 11 - BAB 5 – ESEI]

Tajuk : Pakatan Murni

Jelaskan usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk penduduk di Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.
Nota Ringkas

Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liaison Commitee – CLC) yang dianggotai kaum Melayu dan Cina.
Pada bulan Ogos 1949 CLC turut disertai oleh kaum India. Bertujuan menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.

Mengadakan rundingan antara UMNO dan CLC. Hasil rundingan bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
i. memajukan masyarakat luar bandar.
ii. Mengadakan pilihan raya di semua peringkat pada masa yang sesuai.
iii. Iaitu Peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.

Hasil rundingan bersetuju Kerakyatan 1951. Kerakyatan diberikan kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu. Bagaimanapun bersyarat ibu bapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu.

Membuka keahlian UMNO kepada kaum lain.
Dato’Onn mencadangkan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu. Beliau meninggalkan UMNO.
Kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Dato’ Onn Jaafar menubuhkan yang membuka keahlian IMP kepada semua kaum.

Persidangan Kebangsaan
Sir Malcolm MacDonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk.
Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA untuk mewujudkan kerjasama dalam politik.

































Sebab Parti Perikatan diterima semua kaum di Tanah Melayu

Pakatan Murni menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik antara kaum secara rundingan.
Perikatan telah menggabungkan tiga parti UMNO, MCA dan MIC dalam satu parti pelbagai kaum
Perikatan menggunakan manifesto pilihanrayanya untuk mencapai kemerdekaan. Seterusnya memperjuangkan pendidikan terutama masyarakat di luar bandar.
Antara kandungan lain manifesto Perikatan menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam akan dipegang sendiri oleh penduduk tempatan.

Perikatan juga akan menjaga hak asasi manusia. Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai raja berpelembagaan
Kerakyatan yang diberi kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu telah longgar dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu




SOALAN 6 [ Tema 11 - Bab 5 – Esei]

Tajuk : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Peranan Suruhanjaya Reid


Peranan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu yang akan merdeka.

Dalam merangka perlembagaan Tanah Melayu 1957, beberapa perkara diberi perhatian dan pertimbangan.

Antaranya mengenalpasti isu-isu yang dibangkitkan ke arah pembentukan perlembagaan.

Seterusnya memastikan wujud sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan berkesan.
Memastikan pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu.

Memberi perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Memberi perhatian kepada hak istimewa orang Melayu

Memastikan pembentukan sebuah bangsa Persekutuan T.Melayu. Menyelesaiakan isu kerakyatan / jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak diterima oleh orang Melayu.

Terima dan kaji memorandum daripada semua pihak di T.Melayu . Menerbit dan mencadangkan deraf perlembagaan kepada kerajaan British untuk dikaji.





Nyatakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


Antara kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

F1 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan. F2 Pemisahan kuasa persekutuan dan kuasa negeri.

F3 Melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. F4 Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan diperingkat negeri dan negara

F5 Tiga jenis kerakyatan – Kuatkuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. F6 Prinsip Jus Soli diterima.

F7 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. F8 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

F9 Tanah Simpan Melayu dikekalkan. F10 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. F11 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.

F12 Pentadbiran negara bersifat Demokrasi Berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen

F13 Peringkat Negeri , Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran. F14 dibantu Dewan Undangan Negeri dan Exco.


Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


Kepentingan pertama, Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dan Raja Berperlembagaan dibentuk.

Melahirkan perpaduan yang jitu antara kaum di Tanah Melayu. Seterusnya keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah

Perjanjian 1957 ini telah menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat

Perjanjian ini juga telah menjamin pemberian hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara mengikut acuan sendiri

Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka tanpa mengira warna kulit, budaya, bahasa dan agama.

Perljanjian ini juga telah menjamin kedudukan orang Melayu. Orang Melayu diperuntukan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Orang bukan Melayu pula mendapat kerakyatan secara Jus Soli.

Perjanjian juga akan menjaga hak-hak dan keutamaan Raja-raja Melayu. Perjanjian ini telah melahirkan sebuah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi panduan sehingga ke hari ini

Perjanjian ini juga telah menamatan kuasa Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-negeri Selat.

Mana-mana yang munasabah.




BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

SOALAN 7 [ Tema 11 - Bab 6 – Struktur]
Tajuk : Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.

(a) Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia. ( B/Teks 137 – 13 8)
(i) Lord Brassey
Menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

(ii) Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn
Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

(iii) Lee
Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.


(b) Nyatakan dua perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Singapura ( Buku Teks ms. 138 )
F1 Menyetujui gagasan Malaysia
F2 Berharap Malaysia menjadi negara yang disegani di rantau ini.
F3 Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
F4 Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.


(c) Berikan dua sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. ( B / Teks 139 - 140)
F1 Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.
F2 Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pada masa depan
F3 Barisan Sosialis boleh menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.
F4 Ancaman komunis.
F5 Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.


(d) Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai Malaysia ? (B / Teks ms. 139 - 140)
F1 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
F2 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
F3 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
F4 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
F5 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
F6 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota

SOALAN 8 [ Tema 11 - Bab 6 – Esei ]

Tajuk :Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Jelaskan reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.
Nota Ringkas

Indonesia
Membantah pembentukan Malaysia. Berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme. Boleh mengancam Indonesia

Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Slogan “Ganyang Malaysia” diumumkan pada 20 Januari 1963. Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.

Pasukan Tentera Udaranya menceroboh ruang udara Malaysia. Kemudian melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
Indonesia juga memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga

Filipina
Membuat pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah. Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

Mengemukakan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron von Overback sebagai asas tuntutan.


Huraikan tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan ruang udara.

Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwel terhadap serangan bersenjata Indonesia .

Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pencerobohan itu.

Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Abdul Razak Husein mengadakan lawatan ke negara Dunia Ketiga dan Afro-Asia.

Memberi penjelasan kepada negara-negara tersebut tentang masalah hubungan antara Malaysia dengan Indonesia.

Membaiki hubungan diplomatik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.




BAB
TUDINGAN TEMA 12 – HUBUNGAN LUAR
[ BAB 9 SAHAJA )

S
E
B9


B9


Perang Dunia 1 / Kesan Perang /

Komanwel , Negara-negara Selatan , NAM , OIC, Globalisasi , k-Masyarakat ,

SOALAN 1 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]
Tajuk : Perang Dunia Pertama

Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama (1914-1918)


Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.

Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.

Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia.

Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.

Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman. Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.


Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama ?


Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.Termerainya Perjanjian Versailles.

Terbentuk beberapa buah negara baru di Eropah Pembentukan Liga Bangsa. Inflasi dan pengangguran

Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang. Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Kehilangan nyawa yang banyak



SOALAN 2 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]
Tajuk : Perang Dunia Kedua

Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua


Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles. Jerman dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara.

Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles. Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah.

Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi. Menyebabkan rakyat sokong dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman.

Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British, Belanda dan Amerika

Serangan Jerman dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.


Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa


Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia. Perang Dingin antara USA dan Rusia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan . Berlakunya kebijajahan dunia dan muncul negar-negara berdaulat.

17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang. Bom Atom mula mengancam keamanan dunia.

Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon. Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur. Runtuhnya sistem imperialisme Barat


Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Jerman.


F1 Kehilangan tanah jajahan
F2 Pampasan perang yang tinggi
F3 Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya




SOALAN 3 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI]

Tajuk : Blok Dunia / Perang Dingin

Apakah maksud blok dunia ?


F1 Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk
menjaga kepentingan ahli.
F2 Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.


Berikan sebab berlakunya Perang Dingin.


Berlaku hubungan yang tegang antara USA dan Rusia. .Kudua-dua kuasa cuba kukuhkan kemajuan melalui pengintipan, propaganda dan kegiatan subversif.

Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.

Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.Tiada berlaku konfrontasi secara langsung antara mereka.

Punca berlakunya Perang Dingin kerana perbezaan fahaman politik dan sosio ekonomi.

USA menjadi jaguh demokrasi sementara Rusia jaguh komunis. USA berpegangkan kpd system kapitalis dan Rusia pemiliknegarakan semua harta benda.

Masing –masing cuba menyekatkan perluasan pengaruh. USA meluaskan pengaruh ke Barat dan Rusia ke Timur.

USA wujudkan Pakatan NATO dan Rusia WARSAW. Semasa Perang Korea USA sokong Korea Selatan dan Rusia pula Korea Utara.

Seato diwujudkan bagi menghalang perluasan kuasa komunis di Asia Tenggara.
USA paksa Rusia menarik balik senjata nuclear yang dibekalkan kpd Cuba Perang Dingin ini tamat 1980an



Jelaskan perbezaan antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis


Blok kapitalis
Dari segi politik, Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya.
Dari segi ekonomi, Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.
Dari segi sosial, Kebebasan individu sepenuhnya

Blok Komunis
Dari segi politik , Pemerintahan oleh dictator. Parti Komunis sahaja diiktiraf.
Dari segi ekonomi, Perniagaan dimilikan dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Dari segi sosial, Kebebasan individu dilindungi dan dikawal




SOALAN 4 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]
Tajuk : Dasar Luar Malaysia
Faktor-faktor asas yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia.
Nota Ringkas
Faktor Sejarah,
Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan China , India dan kepulauan Melayu.
Selepas merdeka , Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain. Kemudian menyertai Komanwel.
Ancaman komunis semenjak sebelum merdeka mendorong Malysia mengamalkan dasar luar yang pro barat.

Faktor Ekonomi.
Mengamalkan pasaran bebas. Menjalin hubungan baik dengan semua negara seperti British dan Amerika . Negara tersebut menjadi pasaran utama.
Bagi menggalakan kemasukan pelabur , teknologi dan budaya kerja Jepun dan Korea, Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Faktor Politik.
Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Faktor Geografi
Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kebanyakan negara di rantau ini. Mendorong hubungan baik dengan Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.
Faktor Demografi.
Kerana mejoriti penduduk beragama Islam, makan Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara Islam.


Perkembangan dasar luar tersebut dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut :
Tahap Pertama -Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970), Tahap Kedua-Tun Abdul Razak (1976 – 1976)
Tahap Ketiga -Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003)

Tahap pertama,
Malaysia mengamalkan dasar pro barat. Ia disebabkan faktor ancaman komunis.
Malaysia memerlukan bantuan ketenteraan dari negara Komanwel seperti British, Australia dan New Zealand.
Malaysia mengadakan perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA).British akan memberi bantuan kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
Ekoran konfrantasi dan putus hubungan dengan Filipina , Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) DAN MAPHILINDO.
Dari segi ekonomi Malaysia masih bergantung dengan Britain. Malaysia menjadi anggota Blok Sterling. Malaysia menjual bijih timah dan getah. Pelabur Britain juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia.

Faktor Kedua,
Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
Malaysia mengistiharkan konsep ZOPFAN. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. Masalah pelarian Vietnam dapat diatasi.

Faktor Ketiga,
Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap ke dua. Tetapi penekanan diberikan kepada kepentingan ekonomi.
1982 Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan. Bertujuan mengambil dan menerima nilai-nilai yang baik daripada Jepun dan Korea.
Dr Mahathir mempertingkatkan hubungan 2 hala dengan mengadakan lawatan ke negara Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.


SOALAN 5 [ TEMA 12 - BAB 9 – STRUKTUR ]
Tajuk : Dasar Luar Malaysia

(a) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama.

F1 Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara
F2 Bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
F3 Konfrontasi dengan Indonesia
F4 Terputusnya hubungan dengan Filipina
F5 Keluarnya Singapura daripada Malaysia
F6 Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi
F7 Malaysia adalah blok sterling
F8 Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah
F9 Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia


(b) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah memupuk hubungan luar dengan negara jiran pada tahun 1960-an ?
F1 Menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan Filipina pada tahun 1961.
F2 Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia pada tahun 1962.
F3 Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.


(c) Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik
dengan semua negara menjelang tahun 1970-an.
F1 Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu)
F2 Kurangnya pengaruh Britain di Timur
F3 Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China


(d) Berikan usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia pada tahap ketiga.
F1 Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN
F2 Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
F3 Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
F4 Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.
F5 Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak
F6 Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.

Soalan 6 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]
Tajuk : Pertubuhan Dunia
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.
Nota Ringkas

Membina semangat setiakawan dikalangan negara anggota. mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Memeliharan keamanan dan kedaulatan negara. Membantu menyekat pengaruh Parti Komunis Malaya.

Perjanjian Pertahanan. Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand
Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel. Ketika Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel. Mesyuarat CHOGM ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.

Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.

Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar aparteid. Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.

Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.




Senaraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.

Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan. Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas.

Malaysia menjadi perantara Iran-Iraq. F6 Menyelesaikan isu Palestin.

Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global

Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.



Nyatakan apakah yang anda tahu tentang pertubuhan Negara-negara Selatan

Juga dikenali Negara-negara Dunia Ketiga. Mempunyai banyak persamaan latar belakang ekonominya dan pernah dijajah

Masih bergantung lepada negara maju dalam memasarkan bahan mentah. Tidak mempunyai kepakaran dan modal memproses bahan mentah untuk dijadikan barang siap.


Pergantungan kepada negara maju membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil.

Matlamat pertubuhan ini untuk mengatasi harga eksport bahan mentah. Juga untuk kerjasama ekonomi dan teknikal.

Dato Seri Dr Mahathir mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan 1987. Strateginya menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 1989

Sidang kemuncak G 15 yang pertama di Kuala Lumpur 1990. Projek yang dirancang Pusat Pertukaran Data Pelaburan , Teknologi Selatan

Projek lain Sistem Keistimewaan Perdagangan Global. Juga Kemudahan Kredit untuk pembiayaan perdagangan




Apakah yang anda tahu mengenai pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Ditubuhkan 1961 semasa kemuncaknya Perang Dingin. Matlamat utama untuk mengekalkan keamanan dunia

Tidak menyokong blok Barat atau blok Komnis. Malaysia menyertai NAM 1970 setelah perubahan dasar luar

Daripada pro-Barat dan anti Komunis kepada dasar berbaik-baik kepada semua negara.

Prinsip NAM mengelak campurtangan asing dan menghormati kedaulatan sesebuah negara.

Juga menyelesaikan pertelingkahan melalui rundingan dan menhormati hak asasi manusia

Peranan dan sumbangan Malaysia antaranya ; Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika

Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mencadangan menghapuskan dasar apartied.

Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden. Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM





Soalan 7 [ TEMA 12 - BAB 9 – STRUKTUR ]
Tajuk : Globalisasi

Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah
(a) Globalisasi
F1 bermaksud kepesatan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa sempadan
F2 segala aspek ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan dunia dengan singkat
F3 Contohnya berkaitan modal , tenaga manusia , kemahiran dan nilai
F4 terdapat 2 pandangan berkaitan globalisasi
F5 Pandangan pertama , ia berfaedah kepada pembangunan ekonomi dunia
F6 Pandangan kedua, ia akan meningkatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan
penduduk luar bandar atau antara negara maju dengan negara membangun.

(b)- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)

F1 - memerlukan Peralatan Tekonologi
F2 - ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi
berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan.
F3 - peralatan – komputer , internet dan telefon mudah alih
F4 - Faktor pemangkin perkembangan ICT
F5 - perkembangan teknologi komunikasi
F6 - Kos pengangkutan murah
F7 - membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia
F8 - Projek Koridor Raya Multimedia
F9 - melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa sempadan dan
penyiaran digital


(c) K-masyarakat.

F1 - iaitu Knowledge Society ( K-masyarakat )
F2 - merujuk masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri
dengan pengetahuan.
F3 - konsep pembelajaran sepanjang hayat
F4 - K-masyarakat dibangunkan melalui bidang pendidikan
F5 - usaha dilakukan untuk menyusun semula sistem pendidikan
F6 - menubuhkan sekolah wawasan
F7 - Tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing
F8 - menubuhkan sekolah Bestari
F9 - Tujuan memupuk rasa cinta dengan Information technology (IT)
F10 - Kurikulum juga diubah suai
F11 - melahirkan pelajar yang kreatif , dinamis , berfikiran kritis dan analisis.
F12 - melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tnggi , bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi
F13 - matlamat untuk ke arah masyarakat yang maju dan saintifik selari wawasan 2020.


Soalan 7 [ TEMA 12 - BAB 9 – ESEI ]
Tajuk : Teknologi Maklumat


Projek X
K – ekonomi
Penyiaran digital
K – masyarakat








(a) Apakah X ?

F1 Koridor Raya Multimedia/Multimedia Super Corridor (MSC


(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan X.

F1 Untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat.
F2 Melahirkan masyarakat bermaklumat
F3 Mengalakkan penggunaan ICT di kalangan pelajar sekolah
F4 Dapat membangunkan ekonomi Negara berasaskan pengetahuan K- ekonomi

(c) Berikan empat kawasan yang sudah diwartakan oleh kerajaan sebagai program
awal rancangan bertanda x.

F1 Putrajaya
F2 Cyberjaya
F3 Taman Teknologi Malaysia
F4 KLIA



(d) Nyatakan tiga contoh usaha yang telah dilaksanakan melalui K – masyarakat

F1 Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan
F2 Sekolah Bestari untuk memupuk rasa cinta pada IT
F3 Kurikulum diubahsuai supaya pelajar kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis. F4 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
F5 Menyediakan peruntukan yang besar untuk R&D untuk mengalakkan penciptaan baru

Soalan Tudingan Tingkatan 4

S
E
TUDINGAN TEMA 7 – TAMADUN AWAL MANUSIA
[ Tema 7 : Bab 1 , Bab 2 dan Bab 3 ]
B1

(i) Tamadun Mesopotamia (ii) Tamadun Indus

B2
(i) Tamadun China (ii) Tamadun Yunani

B3
(i) Agraria & Maritim (iii) Pengaruh Hindu-Buddha

SOALAN 1 [ TEMA 7 BAB 1 - STRUKTUR]

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi menjadi bandar dan negara kota sehingga membentuk tamadun terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia. (Ruj : Buku Teks ms. 11 – 12)
F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
F2 Di dalam kota terdapat istana, kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
F3 Terdapat jalan raya yang lurus
F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
F5 Terdapat sungai
F6 Terdapat kawasan tanah pamah

(b) Kedudukan raja dalam pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.(Ruj : Buku Teks ms. 12 - 13)
F1 Raja sebagai ketua pentadbir
F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
F4 Sebagai ketua tentera
F5 Sebagai ketua pendeta
F6 Sebagai ketua agama
F7 Menentukan pentadbiran ziggurat
F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat

(c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi (Ruj : Buku Teks ms. 14)
F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan
F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
F4 Mengandungi 282 undang-undang
F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar
F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia

(d) Peranan tulisan terhadap perkembangan tamadun manusia.(Ruj : Buku Teks ms. 15)
F1 Mewujudkan sistem pendidikan
F2 Lahirnya jurutulis
F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 Terhasilnya epik Gilgamesh
F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri
F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan
F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat
SOALAN 2 [ TEMA 7 - BAB 1 – ESEI ]
(a) Galurkan proses sejarah pembentukan tamadun Mesopotamia. (Ruj : Buku Teks ms. 11)


Orang Sumeria berhijrah ke wilayah selatan iaitu di Sumer. Membina petempatan kekal. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dengan menebus guna tanah.
Membina sistem pengairan. Membawa kepada lebihan penghasilan makanan. Mampu menampung keperluan penduduk yang ramai.
Perkampungan berkembang menjadi bandar. Membentuk negara kota.


Huraikan sumbangan Mesopotamia terhadap peradaban manusia. (Ruj : Buku Teks ms. 14 - 16)

Melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi yang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mewujudkan sistem pendidikan.
Kewujudan sistem tulisan membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat.
Mempelopori urusan perniagaan yang disertakan resit, nota dan surat kredit.
Melahirkan tradisi kesusasteraan. Penghasilan epik Gilgamesh yang menjadi rujukan.
Menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri.
Perkembangan dalam ilmu perubatan. Ubat-ubatan dikatalogkan / cara mengubati penyakit dan penggunaan ubat-ubatan dicatat.
Sumbangan dalam penciptaan roda. Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan dan pengangkutan. Penciptaan kincir air untuk pertanian
Penciptaan kapal layar. Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
Mencipta arca dan tiang batu. Merintis pembentukan empayar.








SOALAN 3 [ TEMA 7 - BAB 1 – STRUKTUR ]
Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.



(a) Jelaskan konsep “mandat daripada Tuhan”
F1 Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
F2 Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
F3 Pemerintah direstui tuhan.

(b) Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho?
F1 Berbentuk pemerintahan beraja
F2 Pengganti raja - anak lelaki raja/saudara lelaki muda
F3 Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
F4 Percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan
F5 Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan
F6 bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
F7 bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
F8 Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
F9 Sistem ini diasimilasikan Dinasti Chou

( c) Jelaskan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.
F1 kepercayaan animisme dan politeisme
F2 Menyembah roh nenek moyang
F3 Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
F4 Menyembah sungai, bukit dan gunung
F5 Upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
F6 Upacara penyembahan diketuai bomoh
F7 Bomoh guna tulang oracle (tulang binatang /kulit kura-kura) untuk meramal
F8 membawa kemunculan sistem tulisan awal di China

(d) Nyatakan kelebihan Dinasti Shang hasil kemahiran mereka menguasai teknologi gangsa
F1 Menghasilkan senjata
F2 Membuat perisai
F3 Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
F4 Peralatan upacara keagamaan
F5 Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba

(e) Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.
F1 Sistem pemerintahan monarki
F2 Gelaran raja ditukar kepada maharaja
F3 Pembinaan sistem pengairan / terusan
F4 Teknologi pembajakan
F5 Penggunaan batas tanaman
F6 Peralatan pertanian daripada besi / Penciptaan cangkul / sabit
F7 Sistem tulisan / ideogram
F8 Sistem percetakan
F9 Pemujaan roh nenek moyang
F10 Konsep Yin dan Yang serta Feng shui
F11 Sistem kalendar
F12 Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

SOALAN 4 [ TEMA 7 BAB 2 – STRUKTUR ]

Maurya merupakan empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandaragupta Maurya.

(a) Bagaimana cara beliau mengasaskan empayar Maurya

F1 Menyatukan kerajaan kecil (janapada) di utara India
F2 Menukar status raja kepada maharaja

(b) Apakah kejayaan yang dicapai Asoka, sehingga semasa pemerintahannya dianggap Zaman kegemilangan Dinasti Maurya.

F1 Berjaya menamatkan perang saudara
F2 Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F3 Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F4 Maharaja berkuasa mutlak
F5 Berjaya membentuk birokrasi pentadbiran

(c) Undang-undang Dinasti Maurya diukir pada tiang batu yang dikenali Kepala Tiang Asoka. Berikan contoh undang-undang yang diukir pada tiang tersebut.

F1 Raja atau pemerintah diumpamakan bapa oleh masyarakatnya
F2 Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.


(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan kelebihan cara perluasan empayar dilakukan bukan melalui kekerasan seperti yang dilakukan oleh Asoka.

F1 Kesejahteraan rakyat terpelihara
F2 Pemerintahan secara adil
F3 Mengelakan ramai rakyat terkorban
F4 Meningkatkan kedamaian dan kemajuan sosial
F5 (mana-mana yang munasabah)



(e) Sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.

F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2 Menghormati dan tidak mencabar undang-undang
F3 Menjadi pengamal undang-undang / peguam / hakim
F4 Sentiasa menjadikan undang-undang sebagai rujukan dalam bertindak
F5 Menanam kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan undang-undang
F6 Mendedahkan undang-undang diperingkat sekolah dan institusi
F7 (mana-mana yang munasabah)





SOALAN 5 [ TEMA 7 BAB 2 - STRUKTUR ]

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Sistem pendidikan dianggap penting dalam memantapkan pentadbiran.

(a) Siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perluasan kuasa tersebut.

F1 Maharaja Shi Huang Ti

(b) Perluasan kuasa oleh Dinasti Chin telah menukar pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan berpusat. Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan berpusat yang diamalkan.

F1 Konsep Maharaja menggantikan raja
F2 Pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
F3 Menghapuskan golongan bangsawan
F4 Gabenor dan panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
F5 birokrasi awam ditubuhkan, pegawainya dilantik oleh Maharaja
F6 Jawatankuasa perkhidmatan awam (Hon Kao Tsu) menentukan perlantikan pegawai
F7 Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam


(c) Undang-undang yang diperkenalkan di China berasaskan falsafah legalisme yang ditulis oleh Han Fei Tzu. Apakah prinsip falsafah legalisme ini.

F1 hukuman berat dan bercorak kolektif
F2 dalam melaksanakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
F3 Undang-undang / penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira apa jua keadaan.
F4 Raja mesti memiliki kuasa utuh untuk membendung tingkah laku liar manusia


(d) Matlamat utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Bagaimana peperiksaan ini dikendalikan.

F1 Dikendalikan dengan ketat
F2 Mereka yang meniru dihukum mati
F3 Pemeriksa dikurung sebelum hari peperiksaan
F4 Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan dalam bilik ,
F5 disediakan makanan
F6 Calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan


(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan 3 pandangan bagaimana pendidikan boleh menyumbang ke arah kemajuan sesebuah negara.

F1 Melahirkan sumber tenaga kerja yang mahir
F2 Melahirkan pemimpin yang berpandangan jauh
F3 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
F4 Melahirkan masyarakat yang berinovasi
F5 (mana-mana yang munasabah)
SOALAN 6 [TEMA 7 - BAB 3 - STRUKTUR]
Salah satu bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan sebagai kerajaan agraria berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya.

(a) Apakah maksud kerajaan agraria ?

F1 Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,
F2 Aktiviti lain seperti penternakan dan memungut hasil hutan dan sungai.
F3 Terbentuk di kawasan yang subur, di lembah sungai dan di lereng gunung berapi



(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut.

F1 Menanam padi sawah atau padi huma
F2 Menanam tanaman sampingan
F3 Menghasilkan pelbagai jenis rempah
F4 Mengumpulkan hasil hutan
F5 Mengambil sarang burung dari gua
F6 Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
F7 Mendapatkan kulit kura-kura
F8 Menternak binatang
F9 Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada masyarakat maritim

(c) Berikan tiga faktor penyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria

F1 Pembinaan sistem pengairan yang baik
F2 Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
F3 Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja
F4 Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan
F5 Terletak di lembah sungai yang subur
F6 Iklim panas dan lembap sepanjang tahun


(d) Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat Angkor.

F1 Membekalkan sumber air minuman
F2 Musim banjir keluasannya meningkat kepada 300.78 km persegi
F3 Musim kemarau mendapan lumpur menyuburkan kawasan sekitar
F3 Membekalkan sumber protein ikan air tawar
F4 Sumber air untuk mengairi sawah
F5 Sumber airnya menjamin pengeluaran padi berterusan
F6 Seterusnya menampung keperluan bekalan beras mencukupi
SOALAN 7 [TEMA 7 - BAB 3 - ESEI]
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara.(B/Teks ms. 80 – 81)
Nota Ringkas

Memiliki bala tentera yang besar. Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan

Memiliki pelabuhan yang baik. Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat Melaka. Menjadi persinggahan pedagang dari China dan India.

Mempunyai hubungan perdagangan dengan China. Menyebabkan pelabuhan Serivijaya menjadi tumpuan pedagan.
Juga menjalin hubungan diplomatik dengan China. Memberi perlindungan keselamatan daripada ancaman kerajaan lain.

Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan perdagangan. Mampu menghasilkan kapal besar. Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua.


Apakah bukti Masyarakat Melayu sudah mencapai kegemilangan lampau dalam bidang pelayaran dan perdagangan maritim

Orang Melayu merupakan pelaut , pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara. Ekoran itu Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca.
Sebenarnya Orang Melayu juga telah menguasai dan menggunakan lebih daripada satu bahasa.

Orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukannya strategik.

Orang Melayu juga mempunyai semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.

Mereka mampu berlayar dan berdagang dengan kawasan jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.


Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu sama lain ? (Ruj : Buku Teks ms. 83)

Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim. Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan.

Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar.

Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan agraria sebagai tukaran dalam perdagangan.

Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan agraria. Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh kerajaan agraria.


SOALAN 8 [ TEMA 7 - BAB 3 – ESEI ]

Nyatakan proses perkembangan sebuah kerajaan maritim. ( Buku Teks ms. 78 - 79)
Nota Ringkas

Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Petempatan ini berkembang menjadi perkampungan nelayan. Contohnya Kedah Tua, Srivijaya.

Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Juga terlbat dalam perlombongan bijih timah.

Perkampungan nelayan akhirnya berkembang menjadi tempat berdagang. Akhirnya berkembang menjadi pelabuhan pembekal. Pelabuhan ini membekalkan hasil hutan, galian dan makanan.

Berperanan sebagai pelabuhan entreport.


Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entreport ? (Ruj : Buku Teks ms.79)


Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

Membeli barangngan daripada pedagang antarabangsa mengedarkannya pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya.


Faktor-faktor yang mendorong Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport. (Ruj : Buku Teks ms. 79)


Terdapatnya gunung Jerai. Menjadi panduan kepada kapal dagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.

Kedudukannya strategik di laluan Selat Melaka. Ia selamat kerana terlindung daripada tiupan anging Monsun Barat Daya dan Timur Laut yang kencang.

Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dengan India. Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

Hubungan dagangan dengan China turut membantu perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.

Berhampiran pelabuhan pembekal seperti Kuala Selinsing. Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil hutan dan hasil laut.

Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan menyimpan barang dagangan dan hasil hutan dan galian



S
E
TUDINGAN TEMA 8 – TAMADUN ISLAM
[ Tema 8 : Bab 6, Bab 7 dan Bab 8 ]

B6
Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya – Khalifah Ar-Rashidin


Kerajaan Islam - Umaiyah , Abasiah , Turki Uthmaniah

B7
Teori Kedatangan Islam
B8

Pengaruh Islam – Politik & Sosial

SOALAN 1 [TEMA 8 – BAB 6 - STRUKTUR]
Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w dalam pemerintahan
- Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Nabi Muhammad s.a.w
- Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

(b) Senaraikan syarat yang perlukan untuk dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Lelaki yang merdeka / - Beragama Islam
- Memilki pengetahuan tentang Islam
- Mematuhi perintah Allah
- Sanggup melaksanakan hukum Allah / - Bersifat adil
- Mempunyai akhlak yang baik
- Tubuh yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas / - Warak / - Pandai mentadbir kerajaan

c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah dalam Islam. (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Melalui musyawarah / syura
- Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 144)
- Memelihara kedudukan agama Islam
- Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
- Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
- Memastikan kelicinan pentadbiran negara
- Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
- Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
- Menjaga kebajikan rakyat
- Menjaga dan meneruskan najaran Allah
- Mengekalkan perpaduan ummah
- Memantapkan sistem perundangan Islam
- Menguruskan kewangan negara
- Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.



SOALAN 2 [TEMA 8 - BAB 6 – ESEI]
(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam semasa beliau menjadi Khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 144 – 146)

NOTA RINGKAS

Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad. Memerangi golongan ar-Riddah. Golongan ini menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan membayar zakat.
Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom. Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah.
Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera. Menjaga hak rakyat golongan mawali. Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran.


Apakah pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab sehingga zaman pemerintahannya dikenali “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ? (Ruj : Buku Teks ms. 146 147)

Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin.
Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam. Melantik panglima tentera.
Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan. Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Hakim dibayar gaji lumayan.
Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
Memperkenalkan kalendar Hijrah.
Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Membina markas tentera dan kubu pertahanan.Tentera diberi pakaian seragam.
Membina terusan untuk tujuan pertanian. Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Mendirikan Baitulmal.





SOALAN 3 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
1. Kerajaan Bani Umaiyah
(a) Senaraikan pembaharuan Bani Umaiyah dalam pentadbiran ( Ruj: Buku Teks m/s 151)

Sistem Khalifah, perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah. Menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
Sistem Wazarah, perlantikan wazir mengetuai sistem pentadbiran negara di peringkat pusat. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
Sistem urusetia, perlantikan pegawai untuk mengumpul rekod dan surat menyurat.
Sistem hijabah, melalui sistem ini seorang pegawai akan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah.
Penubuhan Jabatan memperkemaskan sistem pentadbiran. 4 Jabatan : Cukai , Suarat Menyurat, Urusan Am dan Cap Mohor Penerintah.
Dimanul Jundi ( Jabatan ketenteraan ) ditubuhkan untuk pertahanan negara.


(b) Nyatakan sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial( Ruj; Buku Teks m/s 151-152)

(Damsyik – Tahap 1) Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu pengetahuan menjadi semakin maju.

Lahir ramai ilmuan Arab seperti Khalil ibn Ahmad dan Sibawayhi. Kesannya Bahasa Arab menjadi penting dan dijadikan bahasa rasmi.

Berkembang nahu bahasa arab apabila tanda bunyi atau baris diperkenalkan.

Perkembangan Ilmu agama. Khasnya semasa Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Urwah bin al-Zubayr (hadith).

Kesihatan diberi perhatian. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Umar Abdul Aziz. Buku rujukan dari pelbagai bidang agama diterjemah ke bahasa Arab.

Ilmu kimia dan astronomi turut berkembang.

Dalam sistem perundangan pula, hukuman berdasarkan ijtihad berpandukan Al-Quran dan Hadis.

(Andalusia - Tahap 2). Perkembangan pusat pengajian tinggi. Abdul Rahman III mengasaskan pusat pengajian tinggi di Cordova.

Semasa pemerintahan Hakam terdapat 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia. Selain Cordova pusat pengajian juga berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

Pembinaan sebuah pusat penterjemahan di Toledo. Menterjemah karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab.

Cordova menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dengan Eropah. Ilmu Islam memberikan faedah kepada masyarakat Eropah. Orang Islam pula menimba ilmu dari karya Eropah.






SOALAN 4 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
Tajuk : Kerajaan Bani Abbasiyah
(a) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah. (Ruj; Buku Teks m/s 156)
Nota Ringkas

Abbasiyah mencapai kegemilangan pada abad ke 9 semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.
Kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan ilmu berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing kedalam bahasa Arab. Ia dijalankan oleh baitulhikmah.

Peranan utama baitulhikamh menterjemahkan karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab.

Kegiatan penulisan berlaku dalam 3 tahap. Pertama mencatat segala idea atau percakapan. Kedua mengumpul idea dan mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Golongan ulama terlibat dalam penulisan. Ramai ulama menyusun hadis. Ada diantara mereka menulis bidang fikh, tafsir dan sejarah. Antara ulama terkenal termasuklah Imam Malik.

Pada zaman ini orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan pada krya yang diterjemah. Mereka turut menghurai , memuatkan keterangan dan ulasan.

Orang Islam turut memainkan peranan besar dalam memelihara kebudayaan dunia. Mereka memelihara warisan ilmu kerana pada masa itu Eropah berada dalam zaman gelap.








Apakah peranan Baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan


Baitulhikmah ialah sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Institusi ini menjalankan aktiviti penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

Institusi ini mencapai kegemilangan pada zaman al-Makmum. Kegiatan utamanya penterjemahan karya falsafah dan sains dari bahasa Yunani ke bahasa Arab.

Semasa zaman al-Makmum aktiviti penterjemahan mencapai kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Penterjemahan dijalankan secara berkumpulan dan diawasi seorang penyelaras.

Selain penterjemahan, kegiatan penulisan juga berlaku di Baitulhikmah. Ilmua Islam melakukan penulisan dengan mencipta idea dan membuat penambaikan pada karya. Juga menulis keterangan dan ulasan.




-

SOALAN 5 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
Nyatakan faktor-faktor Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.


Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam. Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.

Tentera Islam mempunyai semangat ghazi. Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.

Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari. Memilki armada tentera laut yang kuat.

Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil.

Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam. Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.

Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka. Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.

Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan. Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam.


Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?


Perdagangan dan perniagaan. menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Hubungan diplomatik. Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam. Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran. di Cordova, Valencia dan Rhonda.
Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi. Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun Eropah / Rom

Pertembungan kebudayaan. Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab. orang tempatan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual. Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual Islam.






Soalan 7 [Tema 8 - Bab 8 - Struktur]
Tajuk : Pengaruh Islam Dalam Pendidikan di Asia Tenggara

2


(a)








(b)









(c)









(d)







(e)









Masyarakat Melayu mengamalkan dua jenis sistem pendidikan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan oleh ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.
i) Kemahiran dalam bidang pertanian / bercucuk tanam
ii) Bidang perikanan / menjadi nelayan / menangkap ikan
iii) Bidang kraftangan / menganyam / mengukir /
iv) Bidang pertukangan / membina (seperti rumah, kapal)
v) Bidang ukiran / mengukir
vi) Bidang memasak / menjahit


Pembelajaran pendidikan tidak formal masyarakat Melayu dijalankan melalui
i) Pendengaran
ii) Penglihatan
iii) Pemerhatian
iv) Latihan
v) Bercerita / cerita lisan / cerita binatang / cerita jenaka
vi) Pergaulan sosial / pantang larang / adat istiadat
vii) Aktiviti kesenian dan kesusasteraan / pantun / peribahasa / teka-teki


Di manakah pendidikan formal masyarakat Melayu dilaksanakan selepas kedatangan Islam?
i) Istana
ii) masjid
iii) rumah
iv) surau
v) madrasah
vi) pondok


Nyatakan dua ciri sistem madrasah dalam pendidikan formal masyarakat Melayu.

i) Berdasarkan sukatan pelajaran
ii) Dilaksanakan secara kelas
iii) Pendidikan mengikut tahap / tahap permulaan / pertengahan / pengkhususan
iv) Diawasi oleh mudir / guru besar
v) Diselia oleh lembaga / jawatan kuasa kewangan

Pada pendapat anda, bagaimanakah pendidikan boleh menjana perpaduan dalam masyarakat Malaysia masa kini.

M1 Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
M2 Mempunyai bahasa kebangsaan / Bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa ibunda
M3 Memupuk perpaduan melalui sekolah wawasan
M4 Menyuburkan semangat perpaduan melaluisistem persekolahan yang sama
M5 Melalui penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
M6 Melalui syor Penyata Razak / Ordinan Pelajaran
M7 Melalui Laporan Rahman Talib / Akta Pelajaran
M8 Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 / 1979
M9 Pelaksanaan KBSR / KBSM
M10 Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
M11 Mana-mana jawapan yang munasabah ( M = Mana-mana yang munasabah)


S
E
TUDINGAN TEMA 9 – Eropah
[ Tema 9 : Bab 9 dan Bab 10 ]
B9

Zaman Gelap

B9

B10

Ekonomi sara diri / Ekonomi Moden

B10
Perkhidmatan / pengangkutan / pembandaran

Soalan 1 [Tema 9 - Bab 9 - Struktur]
(a) Apakah ciri-ciri utama Zaman Gelap di Eropah ?( Buku Teks ms. 215 - 216)

F1 pentadbiran pusat yang lemah
F2 Kelembapan dalam ilmu pengetahuan
F3 Kegiatan ekonomi yang terhad.
F4 Sifat gereja yang mengongkong

(b) Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradsional. (Buku Teks ms. 216)
F1 Raja menjadi penaung utama dalam negara
F2 Raja memiliki tanah secara mutlak
F3 Raja menaungi pembesar
F4 Pembesar memberi khidmat kepada raja
F5 Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
F6 Terdapat golongan hamba

(c) Nyatakan sebab-sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada Zaman Gelap. (Buku Teks ms. 216)

F1 Gangguan orang-orang gasar
F2 Kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
F3 Masyarakat Eropah menumpukan kepada kegiatan pertanian
F4 Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
F5 Penggunaan mata wang yang terhad
F6 Masih menggunakan sistem barter


(d) Sebutkan perubahan-perubahan yang berlaku pada Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.(Ruj : Buku Teks ms. 216)
F1 Gereja berperanan sebagai institusi yang universal
F2 Gereja menjadi agen penyatuan
F3 Berlaku peningkatan aktiviti pertanian
F4 Berlaku pertambahan penduduk
F5 Wujudnya kegiatan perdagangan
F6 Kemunculan bandar-bandar
F7 Munculnya golongan pertengahan
F8 Rakyat terlibat dalam urusan politik



Soalan 2 [Tema 9 - Bab 10 - Struktur]
Tajuk : Renaissance
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang baru telah menyebabkan Zaman Renaissance bermula di Itali dan telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance ? ( Buku Teks Empat ms.217)

Renaissance bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom.



(b) Senaraikan ciri-ciri yang terdapat di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ ?(Buku Teks Empat ms.217)

F1 Kemunculan bandar-bandar yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa
F2 Berlakunya pertembungan budaya, agama dan bahasa di bandar-bandar utamanya
F3 Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
F4 Kemunculan pedagang yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
F5 Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan
F6 Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
F7 Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar menyebarkan idea Renaissance
F8 Penguasa Gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan



(c) Sebutkan dua orang tokoh cendekiawan Itali yang muncul pada Zaman Renaissance.
(Buku Teks ms.217- 219)

F1 Francesco Petrarch F2 Niccolo Machiavelli
F3 Giovanni Bocaccio F4 Galileo Galilei
F5 Leonardo da Vinci F6 Raphael
F7 Michelangelo


(d) Nyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada Zaman Renaissance. (Buku Teks ms.219 - 220)

F1 Kemunculan monarki baru
F2 Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
F3 Sistem perdagangan semakin berkembang
F4 Berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan
F5 Berkembangnya ilmu pengetahuan
F6 Lahirnya seniman dalam masyarakat
F7 Berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan, menekankan pemikiran logik dan saintifik.








Soalan 3 [Tema 9 - Bab 10 - Esei]

Huraikan cara kemasukan buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19


(i) Kemasukan buruh Cina Melalui sistem tiket kredit. Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.

Golongan sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh untuk majikan mereka.

Melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

Di bawah sistem pengambilan rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China. Ia dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi


(ii) Kemasukan buruh India, Melalui Sistem Buruh Bebas. Buruh India akan datang sendiri ke Tanah Melayu dengan biayaan masing-masing.

Melalui sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

Melalui sistem kangani, seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen. dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.




Nyatakan usaha mengawal wabak penyakit akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.


Menubuhkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur dan Taiping. Membina pusat kesihatan kecil. Membina hospital atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.

Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900.Institut ini membuat kajian punca penyakit dan langkah mencegah.Menitikberatkan kebersihan dan kesihatan di bandar-bandar.

Menubuhkan Sanitary Board menjaga kebersihan bandar Kuala Lumpur dan Perak. Menubuhkan Jabatan Kesihatan untuk mengambil alih tugas Sanitary Board menjaga kesihatan.









Soalan 4 [Tema 9 - Bab 10 - Esei]

Nyatakan kesan sosial akibat penggunaan buruh asing oleh British di Tanah Melayu.
Nota ringkas

Pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Peningkatan jumlah imigran Cina dan IndiaKedatangan imigran Cina dan India untuk menampung sumber tenaga kerja .

Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum. Orang Cina tinggal di kawasan lombong dan bandar . Orang India tinggal di kawasan estet.
Wujud jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum. Orang India menoreh getah. Orang Cina bekerja di lombong dan berniaga.

Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan. Tidak terdapat interaksi antara kaum yang meluas. Tidak wujud perpaduan antara kaum.

Menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional selepas merdeka. Pemerintah berusaha bertungkus lumus untuk menghapuskan perbezaan kaum


Huraikan faktor perkembangan bandar baru awal abad ke 20.


Pembinaan kemudahan infrastruktur. Jalan raya / bekalan air bersih / sekolah / pusat kesihatan / institusi kewangan

Pembinaan sistem perhubungan. Pembinaan jalan raya yang baik
Pembinaan jalan kereta api . Menghubungkan antara pekan dengan pekan/bandar. Menghubungkan antara kawasan petempatan dengan bandar

Wujud pertambahan fungsi ekonomi. Menjadi pusat kegiatan jual – beli. Pusat pengumpulan barangan. Pusat pengedaran barangan. Tempat / pusat orang ramai mendapatkan barangan

Kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi . bijih timah / bijih besi / arang batu / getah / petroleum. Wujud kawasan kegiatan perlombongan. Lembah Klang / Ampang / Ipoh / Taiping / Sg. Ujung / Miri. Wujud kawasan ladang – ladang getah

Wujud pertambahan penduduk. British menempatkan imigran Cina dan India di bandar-bandar baru

Jalan kereta api dibina menghubungkan kawasan pedalaman . Menggalakkan pembukaan kawasan ladang getah. Di Johor orang Eropah mula melabur dalam perusahaan getah.

Jalan denai digantikan dengan jalan raya yang berturap dan tanah merah. Mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah diganti dengan jalan raya .

Tahun 1911 jalan raya dari Seberang Prai ke Melaka siap telah siap dibina. Jalan raya dibina menghubungkan Perlis ke Singapura dibina pada tahun 1911-1928

Sistem perhubungan. Seperti telegraf / telefon / perkhidmatan pos / radio / perkhidmatan udara diwujudkan. Perhubungan antara negeri-negeri dapat dijalankan dengan lebih cepat dan cekap.







Soalan 5 [Tema 9 - Bab 10 - Struktur]

(a) Apakah peranan institusi kewangan

F1 Pembangunan dan kepesatan ekonomi
F2 Mempercepat dan melicinkan lagi urusan kewangan
F3 Menyediakan kemudahan pinjaman

F4 memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan
F5 memperkenalkan kaedah yang tertinggi
F6 dana dar luar Negara dapat disalurkan

F7 dengan lebih mudah dan cepat
F8 bank dapat bertindak sebagi ejen pembayar kepada pengekspot dan pengimpot
F9 menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin


(b) Huraikan sebab-sebab keperluan perkhidmatan insurans

F1 untuk melindungi dagang dan kapal pedagang
F2 kebakaran sering berlaku di kawasan bandar


(c) Senaraikan undang-undang berhubung tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah.

F1 Akta Tanah Simpanan Melayu
F2 Land Order
F3 Land Settlement Order
F4 Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi

(d) Apakah yang anda faham dengan maksud mayarakat majmuk

- Wujud pelbagai kaum dalam satu tempat ,
- tetapi berbeza dalam cara hidup , petempatan , pekerjaan , bahasa pertuturan


(e) Nyatakan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia semasa zaman penjajah

F1 Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.
F2 Orang Melayu tinggal di kawasan luar Bandar,
F3 kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum India tinggal diestet

F4 Pekerjaan mengikut kaum. Orang Melayu sebagai petani,
F5 orang Cina sebagai peniaga dan pekerja lombong bijih timah
F6 dan kaum India sebagai penoreh getah.

F7 Bahasa pertuturan berbeza anatara satu sama lain
F8 Tidak dapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas
F9 Sistem pendidikan vernacular dengan mengunakan bahasa ibunda
kaum masing



Soalan 6 [ Tema 9 - Bab 10 – Esei ]

(a) Jelaskan perkembangan perkhidmatan kesihatan pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu


Menubuhkan hospital di Bandar seperti di Taiping dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah iaitu di daerah Jesselton,
Sandakan, Beauford, Kudat dan Tawau.

Di Sarawak pedrkhidmatan perubatan tertumpu di Kucing, Sri Aman dan Sibu.Hospital atas sumbangan orang peseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur

Membina pusat kesihatan di luar Bandar untuk mengawal penyakit yang berjangkit dan mudah merebak. Sebanyak 14 pusat kesihatan kecil di Selangor, 2 di negeri Pahang dan 3 di Negeri Sembilan

Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mengawal wabak penyakit bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah pencegahan

Lembaga Sanitary Board ditubuhkan. Tujuan untuk mengawasi kebersihan di Bandar-bandar seperti Kuala Lumpur. Jabatan Sanitary Board kemudian mengambil alih tugas Sanitary Board


Nyatakan perkembangan sektor perkilangan


Pada tahun 1923 Syarikat Shum Yip telah mendirikan dua buah kilang kasut. Hasil keluaran untuk tujuan eksport ke Negara China.

Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan kilang di Klang, Selangor. Syarikat Fung Keong di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh menghasilkan barangan berasaskan getah.
Syarikat United Engineers mendirikan kilang mmembina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.

Perusahaan mengetin nanas berpusat di Johor oleh pengusaha dari China. Masyarakat tempatan telah terpinggir daripada arus ekonomi perdangangan


Terangkan perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British


Wujud sistem pendidikan Vernakular. Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar. Sistem ini mengubah sistem pendidikan tradisional Melayu.
Sebelum kedatangan penjajah kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di Surau , masjid dan Sekolah Pondok

Sekolah vernakular Melayu . Sekolah vernakular Melayu mula ditubuhkan di Negeri-negeri Selat. Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belanga, Singapura. Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Perai , Kuala Kangsar dan Batu Gajah
Sekolah Melayu untuk murid perempuan dibina di Negeri-negeri Selat.Namun sekolah itu didirikan diperingkat sekolah rendah dan kurikulum terbatas Tujuan untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya

Sekolah vernakular Tamil. Pendidikan Tamil disediakan oleh British di Bandar
seperti Sekolah Tamil Vivekanada di Seremban. Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

Sekolah vernakular Cina. Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China. Contohnya Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah. Menggunakan dialek masing manakala guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari Cina.
Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan. Tujuan menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina

Pendidikan tinggi. Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak .
Tujuan melatih guru sekolah Melayu. Satu-satunya lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu

Sistem Pendidikan Inggeris . Dimulakan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap sebagai elit kerana lokasinya di bandar.
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan Inggeris. British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura