Sunday, August 16, 2009

Bab 1

Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914
MAKSUD IMPERIALISME
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya untuk kepentingan tertentu
Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom
Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia
EMPAYAR YUNANI/ROM
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat
1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor Laste
Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina
Belanda menjajah Indonesia
British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan Brunei
Peranchis menjajah IndoChina
Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja.
Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi & politik tanah jajahan.
Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat
Faktor-faktor imperialisme Barat
Geografi
Revolusi Perindustrian
Sistem perhubungan dan pengangkutan
Persaingan kuasa-kuasa Barat
Beban Orang Putih
Geografi
Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India
Menjamin pasaran yang lebih luas
Tanah yang subur
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,
Thailand- bijih timah dan kayu jati
Burma- kayu jati
Filipina- tebu dan kelapa
Revolusi Perindustrian
Menyebabkan dasar imperialisme berubah.
Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang dagangan mewah
Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang kilang dikeluarkan secara besar-besaran
Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India dan Asia Tenggara.
Sistem perhubungan dan pengangkutan
Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut
Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat
Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur
Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos

Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat
Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan
urusan perniagaan menjadi lebih mudah
Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
Persaingan kuasa-kuasa Barat
Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan
Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.
Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun
Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun
Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia
British & Belanda – beban kulit putih
Peranchis – tugas sebarkan tamadun
Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.
Perubahan Sistem Politik Asia Tenggara
Sebelum kehadiran barat – pemerintahan beraja.
Selepas kedatangan barat- digantikan dengan sistem birokrasi Barat.
Ciri-Ciri Birokrasi Barat
Filipina
Sebelum penjajahan
Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang diperintah oleh golongan Datu.
Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam.
Selepas penjajahan
Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan
Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
Barangay disatukan menjadi encomienda yang ditadbir oleh encomiendaro
Tugas encomiedaro:
Menjaga keamanan
Mengutip cukai
Mengkristiankan penduduk barangay
Penyatuan barangay menjejaskan kuasa Datu
Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
Indonesia
Sebelum penjajahan
Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam
Diperintah oleh raja dan pembesar
Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah
Selepas penjajahan(Belanda)
Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan diperkenalkan
Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda
Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-undang
Majlis Rakyat "Volksraad" ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.
Burma
Sebelum penjajahan
Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw]
Pegawai kerajaan [wun]
Ketua Bandar [myothugyi]
Pegawai diraja[Ahmudan]
Pembesar tradisional [Athi]
Raja penaung sami Buddha
Selepas penjajahan
Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma dikuasai oleh British
Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan pembesar dihapuskan
Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional
Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran [Myo-ok]
Undang-undang Barat diperkenalkan
Pengaruh golongan agama merosot
Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus
Majlis Perundangan ditubuhkan
Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.
Indochina
Sebelum penjajahan
Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja berkuasa mutlak
Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
Selepas penjajahan (Perancis)
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor general yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan/jajahan
Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General
Leftenan General dibantu oleh
Residen Wilayah
Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagai Union Indochinoise (1887)
Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
Laos menyertainya pada tahun 1904
Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan oleh Parlimen Perancis.
Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga
Tanah Melayu
Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka
Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus
Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan
Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen
Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat
Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS
Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Thailand
Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
Dasar Raja Mongkut:
Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai tempatan
Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain
Raja Chulalongkorn
Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian)
Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian perbendaharaan negara
Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak.
Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.
Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.
RAJA CHULALONGKORN
Rumusan
Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik yang diperkenalkan oleh imperialis Barat terhadap negara yang dijajah menjadi faktor kejayaan mereka menguasai ekonomi tanah jajahan untuk kepentingan mereka.
Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi peranannya berkurangan.
Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan raja dan pembesar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.


Konsep Nasionalisme
Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air
Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga bebas daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
Faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
Dasar penjajahan Barat
Pengaruh agama
Karya kesusasteraan
Sistem pendidikan
Kemunculan golongan intelektual
Pengaruh media massa
Sistem pengangkutan dan
perhubungan
Pengaruh luar
Dasar Penjajahan Barat
Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat
Sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang kpd rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden
Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional
Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo di Filipina menindas rakyat tempatan
Jurang sosial wujud – orang Barat berada dalam kelas yang tinggi dan tidak layak berdampingan dengan rakyat biasa
Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana penguasaan dalam bidang ekonomi
Pengaruh Agama
Berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian
Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu,Persatuan Belia Buddha di Burma – peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme
Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme –penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat
Karya kesusasteraan
Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yg akhirnya membangkitkan kesdaran bangsa dan kecintaan terhadap negara
Filipina – novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasinalisme di Asia Tenggara
Di Indonesia – Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar
Di Tanah Melayu – Putera Gunung Tahan – Pak Sako
Sistem Pendidikan
Sikap pilih kasih penjajah menyediakan kemudahan pendidikan – bahasa penjajah
Pendidikan rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
Di Indonesia – anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan dpd anak orang kebanyakan bertujuan utk memecahkan perpaduan rakyat tempatan
Di Burma – pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha
Di Tanah Melayu – lulusan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah Inggeris
Kemunculan Golongan Intelektual
Pencetus gerakan nasionalisme
Berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam
Menyedarkan mereka penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri
Menjadi pemimpin gerakan nasionalisme
Menuntut taraf hidup bangsa dibela (peringkat awal) dan meminta penjajah membebaskan negara mereka
Pengaruh Media Massa
Akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme
Berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanamkan perasaan antipenjajah kepada rakyat
Di Vietnam- Tribune Indigene dan Cloche Felee
Di Tanah Melayu –Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis
Penjajah menganggap perkembangan ini sebagai satu ancaman terhadap politik mereka dan sikap ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan di negara mereka
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis
Jalan kereta api dan jalan raya – dapat menghubungkan kawasan yang terpisah
Memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme
Pengaruh Luar
Mencetuskan nasionalisme
Kejayaan Jepun menewaskan China -1895 dan Rusia (1905) – membuka mata nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara yang kecil mengalahkan negara besar
Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara

PERKEMBANGAN NASIONALISME
Dibahagikan kepada 2 tahap
Tahap pertama
Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat
Tidak berorganisasi
Menggunakan isu kebudayaan, agama dan hak pribumi
Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat
Lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki
Tidak meminta kemerdekaan secara serta merta
Tahap kedua
Gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi
Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
Mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara
Matlamat perjuangan lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
FILIPINA
Tahap pertama
Gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal – pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat
Tuntutan :
-Filipina dijadikan wilayah Sepanyol –
-bangsa Filipina diberikan hak yang
sama seperti diperoleh bangsa Sepanyol
-bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara

Tuntutan tidak berjaya
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina(1892)bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
Kerajaan Sepanyol berasa tergugat – menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao dan akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
JOSE RIZAL
Tahap kedua
Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifasio
Memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
Matlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Menggunakan media cetak (Kalayan) untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
1896 – Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol
tetapi gagal
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo(1897)
Kartipunan menjadi semakin lemah

Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol(1898)
Bermulanya penjajahan Amerika Syarikat di Filipina
Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina(1899) tetapi tidak disahkan oleh Amerika
Revolusi diteruskan oleh Aguinaldo dan beliau ditangkap(1901)

Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan setelah partinya iaitu Parti Nasional memenangi pilihan raya(1907)
Mulai tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal
INDONESIA
Tahap pertama
Tumpuan terhadap isu-isu pendidikan yg akan mengubah nasib rakyat Indonesia
Raden Adjeng Kartini cuba memajukan pendidikan untuk kaum wanita – karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
Mendedahkan kemunduran & penindasan Belanda
Telah memberikan inspirasi kpd nasionalis selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun
Muhammadiyah
Pertubuhan yg terpenting pada tahap ini
Matlamat :
- Untuk menyebarkan Islam yang sebenar & menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian
Kejayaan:
- Banyak membina sekolah, klinik dan masjid

Tahap kedua
Memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal spt Sarekat Islam(SI), Parti komunis Indonesia(PKI) dan Parti Nasional Indonesia(PNI)
Parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan(secara kekerasan)
PNI di bawah Soekarno – amat popular kerana perjuangannya mendapat sokongan kuat rakyat
Tindakan Belanda – menangkap pemimpin yang radikal termasuk Soekarno & mengharamkan PNI
PRESIDEN SOEKARNO
INDOCHINA
Tahap awal
Lebih tertumpu di Vietnam
Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin
-Memperjuangkan sistem pemerintahan beraja
Golongan menengah berpendidikan Barat
-memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat
Phan Boi Chau – memimpin gerakan revolusi tetapi gagal
Beliau menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH)
Melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin & melancarkan gerakan dakyah di Veitnam
Beliau telah dipenjarakan & VNQPH diharamkan.
Tahap kedua
Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal
Perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) & Parti Komunis Vietnam(PKV)
Perancis menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
Ho Chi Minh(pemimpin PKV) –melarikan diri ke Hong Kong
Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di nawah pimpinan Maharaja Bao Dai
Usaha-usaha pembaharuan baginda disekat & dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
HO CHI MINH
BURMA
Tahap pertama
Golngan sami Buddha & golongan elit berpendidikan Barat
Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha (1906)
Bertujuan untuk :
- mengekalkan tradisi Buddha
- memajukan pendidikan di kalangan
rakyat Burma
Menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme
Menjelang tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe.
Pemimpin-pemimpin ini kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal
Tahap kedua
Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford – menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri
Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti
Gerakan seterusnya- golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San – diketuai oleh Saya San(bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy)
Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan
Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri
Golongan Thakin(siswazah)menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk menuntut kemerdekaan
Pemimpinnya terdiri dpd Aung San, Khaw Nein & U Nu yg menggelarkan diri mereka sebagai "Tuan".
Dr Ba Maw yang memenangi pilihan raya 1037 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama
THAILAND
Gerakan nasionalisme berbeza kerana tidak bersifat antipenjajah
Tahap pertama
Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja & juga penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand
Kelemahan sistem pentadbiran & sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong 1932 dan Field Marshall Phibul Songram
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
Tahap kedua
Berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
Rakyat peribumi digalakkan terlibat dalam aktiviti ekonomi
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
Tahun 1939- beliau menukar nama Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
Hasil kerjasama dgn Jepun semasa Perang Dunia Kedua Thailand telah berjaya mendapatkan semula
wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu
Rumusan
Kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi mereka
Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara.
Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan
Semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi.
Di samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan – faktor penting kejayaan sesuatu perjuangan.
Oleh itu, sebagai generasi pewaris, kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

3 comments:

  1. tolong kemaskinikan . saya tak dapat point dengan tepat

    ReplyDelete
  2. Tolong buat Tanda untuk setiap point agar dapat mendapatkan membaca dengan lebih mudah Dan teratur.sekian terima masih.👍

    ReplyDelete
  3. Lebih baik buat nota ringkas dan berbentuk poin

    ReplyDelete