Sunday, August 16, 2009

Sejarah Form 5

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

GERAK GEMPUR 2 1249/1
SEJARAH
Sijil Pelajaran Malaysia
Kertas 1
Julai 09
1 jam Satu Jam




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan
5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru















Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah





Zaman Prasejarah
Zaman Mesolitik
Zaman X
Zaman Logam








1
Kegiatan yang dijalankan oleh masyarakat pada Zaman X ialah

A
Memburu binatang

B
Memungut hasil hutan

C
Menghasilkan peralatan kayu

D
Menghasilkan barangan tembikar



2
Mengapakah golongan bawahan masyarakat di Lembah Indus begitu taat kepada golongan pendeta ?


A
Memiliki kekayaan yang banyak

B
Memiliki pengaruh yang besar

C
Pendeta menguasai angkatan tentera

D
Membenarkan petani mendiami tanah mereka



3
Apakah kesan daripada kewujudan sistem saliran bawah tanah yang dibina di bandar Pompei di bawah pemerintahan Rom?

A
Untuk kegunaan pembesar

B
Mengairi kawasan pertanian

C
Membekalkan sumber protein

D
Untuk kegunaan perindustrian












Bangunan berbentuk kubah
Boleh memuatkan 50, 000 – 80, 000 orang
Selesai dibina pada zaman Maharaja Flavian

BANGUNAN X






4





Antara fungsi bangunan X di atas adalah

A
tempat persembahan kesenian

B
tempat menyimpan patung dewa

C
tempat pahlawan Rom bertarung

D
perbincangan ahli Dewan Perhimpunan



5
Pelabuhan pembekal pada zaman tamadun awal di Asia Tenggara berkembang menjadi pelabuhan kerajaan kerana

A
wujudnya kerajaan di situ

B
pelabuhan merupakan milik kerajaan

C
kerajaan terlibat dalam pemilihan pelabuhan

D
menjalankan perdagangan dengan kerajaan luar



6
Apakah kesan penggunaan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara?

A
Peningkatan intelek masyarakat

B
Peningkatan bidang kesenian

C
Peningkatan kemahiran

D
Peningkatan sosial



7


Menyelesaikan persengketaan yang berpunca daripada peristiwa peletakkan Hajar AswadPeristiwa di atas menunjukkan

A
kegigihan Nabi Muhammad s.a.w

B
ketegasan Nabi Muhammad s.a.w

C
kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w

D
kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
8
Antara berikut adalah kepentingan surah al-Muddasir ayat 1 –7 terhadap perkembangan Islam .

A
Penyebaran Islam kepada seluruh umat

B
Memerintahkan umat Islam supaya membaca

C
Menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara

D
Pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi








9

Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar pendakwah Islam iaitu Mus’ab bin Umair ke Madinah


Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w berbuat demikian?


A
Menandatangani perjanjian

B
Mengembangkan ekonomi

C
Menyelesaikan pergaduhan

D
Menyebarkan dakwah Islamiah







10
Puteri Abu Bakar al –Siddiq dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur.



Berdasarkan pernyataan di atas ,apakah kesimpulan yang anda boleh buat ?


A
Hijrah didorong oleh kaum wanita

B
Hijrah membahayakan kaum wanita

C
Hijrah membuktikan keagungan Nabi Muhammad s.a.w

D
Hijrah menunjukkan wanita terlibat dalam perjuangan Islam















11
Cordova
Seville
Toledo
Granada







Bandar-bandar diatas dianggap berpengaruh kepada perkembangan keilmuan semasa ketamadunan Islam kerana


A
kemudahan bercirikan Islam

B
pusat penyebaran ilmu Islam di Eropah

C
pusat pendidikan tinggi Islam di Tanah Arab

D
tumpuan pedagang Arab memasarkan karya Islam



12
Faktor yang mempengaruhi kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang ketenteraan ialah

A
rakyat yang bersatu padu

B
pemimpin berwawasan tinggi

C
akidah dan akhlak yang tinggi

D
kedudukan ekonomi yang stabil



13
Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam datang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah alasan beliau ?

I
Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab

II
Kesusasteraan awal mengikut gaya kesusasteraan Arab

III
Wujud petempatan orang Islam di Melaka dan Acheh

IV
Kitab-kitab yang ditulis bersumberkan Arab

A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





14
Pelabuhan Johor-Riau penting di Asia Tenggara pada abad ke-18 sebagai pusat

A
kerajaan

B
emporium

C
pembekal

D
pentadbiran



15
Undang-undang manakah yang berdasarkan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum
Kanun Melaka ?

A
Undang-Undang Kelantan

B
Undang-Undang 99 Perak

C
Undang-Undang Tubuh Negeri Johor

D
Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu



16
Siakap senohong
gelama ikan duri,
bercakap bohong
lama-lama mencuri





Pepatah Melayu di atas melambangkan satu aspek pendidikan dalam masyarakat
Melayu. Mengapakah pendidikan demikian penting ?

A
Mengekalkan kesusasteraan lisan

B
Menentukan jenis hukuman

C
Menerapkan nilai-nilai murni

D
Menggalakkan minat membaca



17
Mengapakah Paus di Rom tidak menaungi golongan saintis dan matematik ?

A
Bimbang mencabar pemikiran mereka

B
Khuatir institusi raja tidak lagi dihormati

C
Takut golongan tersebut mencabar mereka dari segi kekayaan

D
Curiga golongan tersebut mempengaruhi pemikiran rakyat jelata







18
Perjanjian Toresillas pada tahun 1494 antara Sepanyol dengan Portugal telah mencapai kata sepakat tentang

A
kerjasama menyebarkan agama Kristian

B
penetapan kawasan pengaruh masing-masing

C
gandingan meneroka jalan pelayaran perdagangan

D
pembahagian keuntungan perniagaan rempah ratus


Ms 218



19



Dasar imperialisme Barat telah meninggalkan kesan yang
mendalam ke atas politik di Asia Tenggara.Apakah kesan tersebut?

I
Sistem politik menurut birokrasi barat

II
Raja digulingkan daripada takhta masing-masing

III
Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat daripada barat

IV
Wujud dua bentuk pemerintahan yang dikuasai barat dan pemerintah tempatan

A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





20



Harrisons & Crosfield
Boustead Buttery Estate Agency
Sime Darby

Bagaimanakah syarikat-syarikat perwakilan di atas menyumbang ke arah perkembangan ekonomi moden di Tanah Melayu?

A
Membina kemudahan infrastruktur

B
Melabur modal dalam sektor perladangan

C
Mengasaskan institusi kewangan tempatan

D
Mengendalikan kegiatan eksport bahan-bahan mentah





21
Jose Rizal memimpin gerakan dakyah menuntut supaya

I
Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

II
Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara

III
Sepanyol membenarkan penubuhan parti politik

IV
Memansuhkan undang-undang Sepanyol di Filipina

A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV



22
Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara kerana …..

A
bersifat revolusi bersenjata

B
dipelopri oleh golongan sami Buddha

C
penentangan terhadap raja berkuasa mutlak

D
membebaskan wilayah daripada kerajaan pusat



Pasukan polis menyerang dan menumpaskan kebangkitan penduduk Kuala Telemong
Pasukan Haji Abdul Rahman Limbong menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang




23
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Haji Abdul Rahman Limbong?

A
Terbunuh

B
Dipenjarakan

C
Dihukum mati

D
Dibuang negeri
24
Gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Melayu kerana

A
Dihalang oleh pihak British

B
Kekurangan pemimpin berwibawa

C
Sekatan kemasukan risalah Kaum Muda

D
Percanggahan pendapat golongan Kaum Muda



Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya
Kepentingan pendidikan moden untuk kebaikan wanita







25
Apakah novel Melayu tahun 1930-an yang membawa tema di atas ?

A
Keris Melaka

B
Anak Mat Lela Gila

C
Putera Gunung Tahan

D
Melor Kuala Lumpur



26
Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson selepas Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan …..

A
Jerman dijadikan dua buah negara

B
Perpecahan empayar Austria-Hungary

C
Rom dan Itali disatukan menjadi sebuah negara

D
Empayar Turki yang berpecah disatukan semula

27
Apakah faktor yang mendorong Sultan Abu Bakar menggubal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ?

A
Menyekat kemasukan orang dagang

B
Mengiktiraf semua kaum sebagai rakyat Johor

C
Menghalang rancangan British menguasai Johor

D
Mengekalkan pemerintahan raja berkuasa mutlak












Pegawai British mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu
DEMONSTRASI SECARA DAMAI








28
Reaksi di atas muncul kerana …..

A
Pemberian kerakyatan yang longgar

B
Mendesak British memberi kemerdekaan

C
Menuntut pemerintahan bercorak republik

D
Penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu








29.

Nama
Jawatan
O.A. Spencer
Ahli Ekonomi
Dato Onn Jaafar
Ahli Dalam Negeri
Dato Mahmud Mad
Ahli Tanah, Perlombongan dan
Perhubungan

Apakah fungsi tokoh di atas dalam Sistem Ahli


A
Meluluskan peruntukan kewangan jabatan

B
Melindungi hak istimewa kaum bumiputera

C
Menguruskan pelantikan pegawai kanan jabatan

D
Mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatan mereka






30.

UMNO Pakatan Murni MCA


Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui pakatan di atas?


A
Menghalau penjajah

B
Kerjasama politik

C
Menuntut kemerdekaan

D
Mengukuhkan pertahanan Negara






31.

Tahun : 1953
Peristiwa : Rural Industrial Development Authority (RIDA)
Pengerusi : Dato Onn Jaafar


Antara tujuan penubuhan institusi di atas ialah

A
Memajukan ekonomi luar bandar

B
Membangunkan kawasan kampung baru

C
Membangunkan kemudahan asas di luar bandar

D
Menyusun petempatan masyarakat kawasan luar bandar yang berselerak







32


Singapura mendesak untuk bergabung dengan Tanah Melayu
bagi membanteras ancaman komunis






Mengapakah Singapura menganggap Tanah Melayu mampu membanteras ancaman komunis?

A
Mempunyai pengalaman

B
Mempunyai tentera yang mahir

C
Mempunyai senjata yang canggih

D
mendapat bantuan Negara Komanwel




33.

Apakah tujuan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum ditubuhkan?


A
Merancang dasar perpaduan kebangsaan

B
Merangka perlembagaan bagi Persekutuan Malaysia

C
Mengeratkan hubungan kaum di kalangan penduduk Malaysia

D
Menjelaskan rancangan gagasan Malaysia kepada negeri yang terlibat









34.
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan pada tahun 1962?

A
Mencadangkan pilihan raya

B
Merangka perlembagaan baru

C
Menjelaskan kepentingan perpaduan nasional

D
Meninjau penpat penduduk Sabah dan Sarawak tentang Malaysia





























35.




Pelajaran

Kesihatan
Senarai di atas diletakkan di bawah bidang kuasa

A
Persekutuan

B
Bersama

C
Parlimen

D
Negeri




36.

Lima bilah keris yang terdapat pada jata negara melambangkan

A
Negeri-Negeri Selat

B
Negeri-Negeri Melayu Utara

C
Negeri-Neegeri Melayu Bersekutu

D
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu












































37


Jawatankuasa X
Memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan Penswastaan
Jawatankuasa X yang menjalankan fungsi di atas ialah


A
Majlis Penswastaan

B
Majlis Gerakan Negara

C
Unit perancangan Ekonomi

D
Pusat Daya Pengeluaran Negara








38.

WAWASAN 2020
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang


Cabaran kedua sebagaimana tertera di atas memberi penekanan kepada


A
amalan sistem demokrasi sepenuhnya

B
menolak unsur negatif dalam kehidupan masyarakat

C
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

D
melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani



39
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Apakah yang
terkandung dalam deklarasi tersebut?

A
Penghapusan penyalahgunaan dadah

B
Menentang Dasar Apartheid Afrika Selatan

C
Mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

D
Kerjasam ekonomi di kalangan anggota Komanwel



40
ASEAN juga telah mengadakan kerjasama ekonomi di kalangan negara anggotanya. Antara yang berikut manakah kerjasama tersebut?

I
AFTA

II
RESCAM

III
Rancangan Colombo

IV
Projek baja urea di Sarawak

A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV




KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment