Sunday, August 16, 2009

Soalan Tudingan Tingkatan 4

S
E
TUDINGAN TEMA 7 – TAMADUN AWAL MANUSIA
[ Tema 7 : Bab 1 , Bab 2 dan Bab 3 ]
B1

(i) Tamadun Mesopotamia (ii) Tamadun Indus

B2
(i) Tamadun China (ii) Tamadun Yunani

B3
(i) Agraria & Maritim (iii) Pengaruh Hindu-Buddha

SOALAN 1 [ TEMA 7 BAB 1 - STRUKTUR]

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi menjadi bandar dan negara kota sehingga membentuk tamadun terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia. (Ruj : Buku Teks ms. 11 – 12)
F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
F2 Di dalam kota terdapat istana, kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
F3 Terdapat jalan raya yang lurus
F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
F5 Terdapat sungai
F6 Terdapat kawasan tanah pamah

(b) Kedudukan raja dalam pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.(Ruj : Buku Teks ms. 12 - 13)
F1 Raja sebagai ketua pentadbir
F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
F4 Sebagai ketua tentera
F5 Sebagai ketua pendeta
F6 Sebagai ketua agama
F7 Menentukan pentadbiran ziggurat
F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat

(c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi (Ruj : Buku Teks ms. 14)
F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan
F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
F4 Mengandungi 282 undang-undang
F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar
F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia

(d) Peranan tulisan terhadap perkembangan tamadun manusia.(Ruj : Buku Teks ms. 15)
F1 Mewujudkan sistem pendidikan
F2 Lahirnya jurutulis
F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 Terhasilnya epik Gilgamesh
F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri
F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan
F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat
SOALAN 2 [ TEMA 7 - BAB 1 – ESEI ]
(a) Galurkan proses sejarah pembentukan tamadun Mesopotamia. (Ruj : Buku Teks ms. 11)


Orang Sumeria berhijrah ke wilayah selatan iaitu di Sumer. Membina petempatan kekal. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dengan menebus guna tanah.
Membina sistem pengairan. Membawa kepada lebihan penghasilan makanan. Mampu menampung keperluan penduduk yang ramai.
Perkampungan berkembang menjadi bandar. Membentuk negara kota.


Huraikan sumbangan Mesopotamia terhadap peradaban manusia. (Ruj : Buku Teks ms. 14 - 16)

Melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi yang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mewujudkan sistem pendidikan.
Kewujudan sistem tulisan membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat.
Mempelopori urusan perniagaan yang disertakan resit, nota dan surat kredit.
Melahirkan tradisi kesusasteraan. Penghasilan epik Gilgamesh yang menjadi rujukan.
Menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri.
Perkembangan dalam ilmu perubatan. Ubat-ubatan dikatalogkan / cara mengubati penyakit dan penggunaan ubat-ubatan dicatat.
Sumbangan dalam penciptaan roda. Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan dan pengangkutan. Penciptaan kincir air untuk pertanian
Penciptaan kapal layar. Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
Mencipta arca dan tiang batu. Merintis pembentukan empayar.








SOALAN 3 [ TEMA 7 - BAB 1 – STRUKTUR ]
Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.



(a) Jelaskan konsep “mandat daripada Tuhan”
F1 Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
F2 Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
F3 Pemerintah direstui tuhan.

(b) Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho?
F1 Berbentuk pemerintahan beraja
F2 Pengganti raja - anak lelaki raja/saudara lelaki muda
F3 Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
F4 Percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan
F5 Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan
F6 bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
F7 bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
F8 Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
F9 Sistem ini diasimilasikan Dinasti Chou

( c) Jelaskan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.
F1 kepercayaan animisme dan politeisme
F2 Menyembah roh nenek moyang
F3 Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
F4 Menyembah sungai, bukit dan gunung
F5 Upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
F6 Upacara penyembahan diketuai bomoh
F7 Bomoh guna tulang oracle (tulang binatang /kulit kura-kura) untuk meramal
F8 membawa kemunculan sistem tulisan awal di China

(d) Nyatakan kelebihan Dinasti Shang hasil kemahiran mereka menguasai teknologi gangsa
F1 Menghasilkan senjata
F2 Membuat perisai
F3 Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
F4 Peralatan upacara keagamaan
F5 Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba

(e) Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.
F1 Sistem pemerintahan monarki
F2 Gelaran raja ditukar kepada maharaja
F3 Pembinaan sistem pengairan / terusan
F4 Teknologi pembajakan
F5 Penggunaan batas tanaman
F6 Peralatan pertanian daripada besi / Penciptaan cangkul / sabit
F7 Sistem tulisan / ideogram
F8 Sistem percetakan
F9 Pemujaan roh nenek moyang
F10 Konsep Yin dan Yang serta Feng shui
F11 Sistem kalendar
F12 Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

SOALAN 4 [ TEMA 7 BAB 2 – STRUKTUR ]

Maurya merupakan empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandaragupta Maurya.

(a) Bagaimana cara beliau mengasaskan empayar Maurya

F1 Menyatukan kerajaan kecil (janapada) di utara India
F2 Menukar status raja kepada maharaja

(b) Apakah kejayaan yang dicapai Asoka, sehingga semasa pemerintahannya dianggap Zaman kegemilangan Dinasti Maurya.

F1 Berjaya menamatkan perang saudara
F2 Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F3 Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F4 Maharaja berkuasa mutlak
F5 Berjaya membentuk birokrasi pentadbiran

(c) Undang-undang Dinasti Maurya diukir pada tiang batu yang dikenali Kepala Tiang Asoka. Berikan contoh undang-undang yang diukir pada tiang tersebut.

F1 Raja atau pemerintah diumpamakan bapa oleh masyarakatnya
F2 Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.


(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan kelebihan cara perluasan empayar dilakukan bukan melalui kekerasan seperti yang dilakukan oleh Asoka.

F1 Kesejahteraan rakyat terpelihara
F2 Pemerintahan secara adil
F3 Mengelakan ramai rakyat terkorban
F4 Meningkatkan kedamaian dan kemajuan sosial
F5 (mana-mana yang munasabah)



(e) Sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.

F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2 Menghormati dan tidak mencabar undang-undang
F3 Menjadi pengamal undang-undang / peguam / hakim
F4 Sentiasa menjadikan undang-undang sebagai rujukan dalam bertindak
F5 Menanam kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan undang-undang
F6 Mendedahkan undang-undang diperingkat sekolah dan institusi
F7 (mana-mana yang munasabah)





SOALAN 5 [ TEMA 7 BAB 2 - STRUKTUR ]

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Sistem pendidikan dianggap penting dalam memantapkan pentadbiran.

(a) Siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perluasan kuasa tersebut.

F1 Maharaja Shi Huang Ti

(b) Perluasan kuasa oleh Dinasti Chin telah menukar pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan berpusat. Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan berpusat yang diamalkan.

F1 Konsep Maharaja menggantikan raja
F2 Pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
F3 Menghapuskan golongan bangsawan
F4 Gabenor dan panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
F5 birokrasi awam ditubuhkan, pegawainya dilantik oleh Maharaja
F6 Jawatankuasa perkhidmatan awam (Hon Kao Tsu) menentukan perlantikan pegawai
F7 Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam


(c) Undang-undang yang diperkenalkan di China berasaskan falsafah legalisme yang ditulis oleh Han Fei Tzu. Apakah prinsip falsafah legalisme ini.

F1 hukuman berat dan bercorak kolektif
F2 dalam melaksanakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
F3 Undang-undang / penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira apa jua keadaan.
F4 Raja mesti memiliki kuasa utuh untuk membendung tingkah laku liar manusia


(d) Matlamat utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Bagaimana peperiksaan ini dikendalikan.

F1 Dikendalikan dengan ketat
F2 Mereka yang meniru dihukum mati
F3 Pemeriksa dikurung sebelum hari peperiksaan
F4 Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan dalam bilik ,
F5 disediakan makanan
F6 Calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan


(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan 3 pandangan bagaimana pendidikan boleh menyumbang ke arah kemajuan sesebuah negara.

F1 Melahirkan sumber tenaga kerja yang mahir
F2 Melahirkan pemimpin yang berpandangan jauh
F3 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
F4 Melahirkan masyarakat yang berinovasi
F5 (mana-mana yang munasabah)
SOALAN 6 [TEMA 7 - BAB 3 - STRUKTUR]
Salah satu bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan sebagai kerajaan agraria berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya.

(a) Apakah maksud kerajaan agraria ?

F1 Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,
F2 Aktiviti lain seperti penternakan dan memungut hasil hutan dan sungai.
F3 Terbentuk di kawasan yang subur, di lembah sungai dan di lereng gunung berapi



(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut.

F1 Menanam padi sawah atau padi huma
F2 Menanam tanaman sampingan
F3 Menghasilkan pelbagai jenis rempah
F4 Mengumpulkan hasil hutan
F5 Mengambil sarang burung dari gua
F6 Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
F7 Mendapatkan kulit kura-kura
F8 Menternak binatang
F9 Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada masyarakat maritim

(c) Berikan tiga faktor penyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria

F1 Pembinaan sistem pengairan yang baik
F2 Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
F3 Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja
F4 Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan
F5 Terletak di lembah sungai yang subur
F6 Iklim panas dan lembap sepanjang tahun


(d) Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat Angkor.

F1 Membekalkan sumber air minuman
F2 Musim banjir keluasannya meningkat kepada 300.78 km persegi
F3 Musim kemarau mendapan lumpur menyuburkan kawasan sekitar
F3 Membekalkan sumber protein ikan air tawar
F4 Sumber air untuk mengairi sawah
F5 Sumber airnya menjamin pengeluaran padi berterusan
F6 Seterusnya menampung keperluan bekalan beras mencukupi
SOALAN 7 [TEMA 7 - BAB 3 - ESEI]
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara.(B/Teks ms. 80 – 81)
Nota Ringkas

Memiliki bala tentera yang besar. Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan

Memiliki pelabuhan yang baik. Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat Melaka. Menjadi persinggahan pedagang dari China dan India.

Mempunyai hubungan perdagangan dengan China. Menyebabkan pelabuhan Serivijaya menjadi tumpuan pedagan.
Juga menjalin hubungan diplomatik dengan China. Memberi perlindungan keselamatan daripada ancaman kerajaan lain.

Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan perdagangan. Mampu menghasilkan kapal besar. Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua.


Apakah bukti Masyarakat Melayu sudah mencapai kegemilangan lampau dalam bidang pelayaran dan perdagangan maritim

Orang Melayu merupakan pelaut , pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara. Ekoran itu Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca.
Sebenarnya Orang Melayu juga telah menguasai dan menggunakan lebih daripada satu bahasa.

Orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukannya strategik.

Orang Melayu juga mempunyai semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.

Mereka mampu berlayar dan berdagang dengan kawasan jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.


Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu sama lain ? (Ruj : Buku Teks ms. 83)

Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim. Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan.

Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar.

Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan agraria sebagai tukaran dalam perdagangan.

Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan agraria. Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh kerajaan agraria.


SOALAN 8 [ TEMA 7 - BAB 3 – ESEI ]

Nyatakan proses perkembangan sebuah kerajaan maritim. ( Buku Teks ms. 78 - 79)
Nota Ringkas

Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Petempatan ini berkembang menjadi perkampungan nelayan. Contohnya Kedah Tua, Srivijaya.

Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Juga terlbat dalam perlombongan bijih timah.

Perkampungan nelayan akhirnya berkembang menjadi tempat berdagang. Akhirnya berkembang menjadi pelabuhan pembekal. Pelabuhan ini membekalkan hasil hutan, galian dan makanan.

Berperanan sebagai pelabuhan entreport.


Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entreport ? (Ruj : Buku Teks ms.79)


Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

Membeli barangngan daripada pedagang antarabangsa mengedarkannya pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya.


Faktor-faktor yang mendorong Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport. (Ruj : Buku Teks ms. 79)


Terdapatnya gunung Jerai. Menjadi panduan kepada kapal dagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.

Kedudukannya strategik di laluan Selat Melaka. Ia selamat kerana terlindung daripada tiupan anging Monsun Barat Daya dan Timur Laut yang kencang.

Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dengan India. Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

Hubungan dagangan dengan China turut membantu perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.

Berhampiran pelabuhan pembekal seperti Kuala Selinsing. Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil hutan dan hasil laut.

Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan menyimpan barang dagangan dan hasil hutan dan galian



S
E
TUDINGAN TEMA 8 – TAMADUN ISLAM
[ Tema 8 : Bab 6, Bab 7 dan Bab 8 ]

B6
Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya – Khalifah Ar-Rashidin


Kerajaan Islam - Umaiyah , Abasiah , Turki Uthmaniah

B7
Teori Kedatangan Islam
B8

Pengaruh Islam – Politik & Sosial

SOALAN 1 [TEMA 8 – BAB 6 - STRUKTUR]
Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w dalam pemerintahan
- Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Nabi Muhammad s.a.w
- Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

(b) Senaraikan syarat yang perlukan untuk dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Lelaki yang merdeka / - Beragama Islam
- Memilki pengetahuan tentang Islam
- Mematuhi perintah Allah
- Sanggup melaksanakan hukum Allah / - Bersifat adil
- Mempunyai akhlak yang baik
- Tubuh yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas / - Warak / - Pandai mentadbir kerajaan

c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah dalam Islam. (Ruj : Buku Teks ms. 143)
- Melalui musyawarah / syura
- Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 144)
- Memelihara kedudukan agama Islam
- Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
- Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
- Memastikan kelicinan pentadbiran negara
- Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
- Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
- Menjaga kebajikan rakyat
- Menjaga dan meneruskan najaran Allah
- Mengekalkan perpaduan ummah
- Memantapkan sistem perundangan Islam
- Menguruskan kewangan negara
- Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.



SOALAN 2 [TEMA 8 - BAB 6 – ESEI]
(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam semasa beliau menjadi Khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 144 – 146)

NOTA RINGKAS

Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad. Memerangi golongan ar-Riddah. Golongan ini menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan membayar zakat.
Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom. Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah.
Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera. Menjaga hak rakyat golongan mawali. Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran.


Apakah pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab sehingga zaman pemerintahannya dikenali “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ? (Ruj : Buku Teks ms. 146 147)

Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin.
Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam. Melantik panglima tentera.
Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan. Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Hakim dibayar gaji lumayan.
Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
Memperkenalkan kalendar Hijrah.
Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Membina markas tentera dan kubu pertahanan.Tentera diberi pakaian seragam.
Membina terusan untuk tujuan pertanian. Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Mendirikan Baitulmal.





SOALAN 3 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
1. Kerajaan Bani Umaiyah
(a) Senaraikan pembaharuan Bani Umaiyah dalam pentadbiran ( Ruj: Buku Teks m/s 151)

Sistem Khalifah, perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah. Menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
Sistem Wazarah, perlantikan wazir mengetuai sistem pentadbiran negara di peringkat pusat. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
Sistem urusetia, perlantikan pegawai untuk mengumpul rekod dan surat menyurat.
Sistem hijabah, melalui sistem ini seorang pegawai akan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah.
Penubuhan Jabatan memperkemaskan sistem pentadbiran. 4 Jabatan : Cukai , Suarat Menyurat, Urusan Am dan Cap Mohor Penerintah.
Dimanul Jundi ( Jabatan ketenteraan ) ditubuhkan untuk pertahanan negara.


(b) Nyatakan sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial( Ruj; Buku Teks m/s 151-152)

(Damsyik – Tahap 1) Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu pengetahuan menjadi semakin maju.

Lahir ramai ilmuan Arab seperti Khalil ibn Ahmad dan Sibawayhi. Kesannya Bahasa Arab menjadi penting dan dijadikan bahasa rasmi.

Berkembang nahu bahasa arab apabila tanda bunyi atau baris diperkenalkan.

Perkembangan Ilmu agama. Khasnya semasa Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Urwah bin al-Zubayr (hadith).

Kesihatan diberi perhatian. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Umar Abdul Aziz. Buku rujukan dari pelbagai bidang agama diterjemah ke bahasa Arab.

Ilmu kimia dan astronomi turut berkembang.

Dalam sistem perundangan pula, hukuman berdasarkan ijtihad berpandukan Al-Quran dan Hadis.

(Andalusia - Tahap 2). Perkembangan pusat pengajian tinggi. Abdul Rahman III mengasaskan pusat pengajian tinggi di Cordova.

Semasa pemerintahan Hakam terdapat 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia. Selain Cordova pusat pengajian juga berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

Pembinaan sebuah pusat penterjemahan di Toledo. Menterjemah karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab.

Cordova menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dengan Eropah. Ilmu Islam memberikan faedah kepada masyarakat Eropah. Orang Islam pula menimba ilmu dari karya Eropah.






SOALAN 4 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
Tajuk : Kerajaan Bani Abbasiyah
(a) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah. (Ruj; Buku Teks m/s 156)
Nota Ringkas

Abbasiyah mencapai kegemilangan pada abad ke 9 semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.
Kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan ilmu berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing kedalam bahasa Arab. Ia dijalankan oleh baitulhikmah.

Peranan utama baitulhikamh menterjemahkan karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab.

Kegiatan penulisan berlaku dalam 3 tahap. Pertama mencatat segala idea atau percakapan. Kedua mengumpul idea dan mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Golongan ulama terlibat dalam penulisan. Ramai ulama menyusun hadis. Ada diantara mereka menulis bidang fikh, tafsir dan sejarah. Antara ulama terkenal termasuklah Imam Malik.

Pada zaman ini orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan pada krya yang diterjemah. Mereka turut menghurai , memuatkan keterangan dan ulasan.

Orang Islam turut memainkan peranan besar dalam memelihara kebudayaan dunia. Mereka memelihara warisan ilmu kerana pada masa itu Eropah berada dalam zaman gelap.








Apakah peranan Baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan


Baitulhikmah ialah sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Institusi ini menjalankan aktiviti penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

Institusi ini mencapai kegemilangan pada zaman al-Makmum. Kegiatan utamanya penterjemahan karya falsafah dan sains dari bahasa Yunani ke bahasa Arab.

Semasa zaman al-Makmum aktiviti penterjemahan mencapai kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Penterjemahan dijalankan secara berkumpulan dan diawasi seorang penyelaras.

Selain penterjemahan, kegiatan penulisan juga berlaku di Baitulhikmah. Ilmua Islam melakukan penulisan dengan mencipta idea dan membuat penambaikan pada karya. Juga menulis keterangan dan ulasan.




-

SOALAN 5 [TEMA 8 – BAB 6 - ESEI]
Nyatakan faktor-faktor Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.


Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam. Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.

Tentera Islam mempunyai semangat ghazi. Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.

Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari. Memilki armada tentera laut yang kuat.

Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil.

Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam. Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.

Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka. Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.

Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan. Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam.


Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?


Perdagangan dan perniagaan. menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Hubungan diplomatik. Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam. Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran. di Cordova, Valencia dan Rhonda.
Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi. Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun Eropah / Rom

Pertembungan kebudayaan. Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab. orang tempatan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual. Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual Islam.






Soalan 7 [Tema 8 - Bab 8 - Struktur]
Tajuk : Pengaruh Islam Dalam Pendidikan di Asia Tenggara

2


(a)








(b)









(c)









(d)







(e)









Masyarakat Melayu mengamalkan dua jenis sistem pendidikan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan oleh ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.
i) Kemahiran dalam bidang pertanian / bercucuk tanam
ii) Bidang perikanan / menjadi nelayan / menangkap ikan
iii) Bidang kraftangan / menganyam / mengukir /
iv) Bidang pertukangan / membina (seperti rumah, kapal)
v) Bidang ukiran / mengukir
vi) Bidang memasak / menjahit


Pembelajaran pendidikan tidak formal masyarakat Melayu dijalankan melalui
i) Pendengaran
ii) Penglihatan
iii) Pemerhatian
iv) Latihan
v) Bercerita / cerita lisan / cerita binatang / cerita jenaka
vi) Pergaulan sosial / pantang larang / adat istiadat
vii) Aktiviti kesenian dan kesusasteraan / pantun / peribahasa / teka-teki


Di manakah pendidikan formal masyarakat Melayu dilaksanakan selepas kedatangan Islam?
i) Istana
ii) masjid
iii) rumah
iv) surau
v) madrasah
vi) pondok


Nyatakan dua ciri sistem madrasah dalam pendidikan formal masyarakat Melayu.

i) Berdasarkan sukatan pelajaran
ii) Dilaksanakan secara kelas
iii) Pendidikan mengikut tahap / tahap permulaan / pertengahan / pengkhususan
iv) Diawasi oleh mudir / guru besar
v) Diselia oleh lembaga / jawatan kuasa kewangan

Pada pendapat anda, bagaimanakah pendidikan boleh menjana perpaduan dalam masyarakat Malaysia masa kini.

M1 Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
M2 Mempunyai bahasa kebangsaan / Bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa ibunda
M3 Memupuk perpaduan melalui sekolah wawasan
M4 Menyuburkan semangat perpaduan melaluisistem persekolahan yang sama
M5 Melalui penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
M6 Melalui syor Penyata Razak / Ordinan Pelajaran
M7 Melalui Laporan Rahman Talib / Akta Pelajaran
M8 Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 / 1979
M9 Pelaksanaan KBSR / KBSM
M10 Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
M11 Mana-mana jawapan yang munasabah ( M = Mana-mana yang munasabah)


S
E
TUDINGAN TEMA 9 – Eropah
[ Tema 9 : Bab 9 dan Bab 10 ]
B9

Zaman Gelap

B9

B10

Ekonomi sara diri / Ekonomi Moden

B10
Perkhidmatan / pengangkutan / pembandaran

Soalan 1 [Tema 9 - Bab 9 - Struktur]
(a) Apakah ciri-ciri utama Zaman Gelap di Eropah ?( Buku Teks ms. 215 - 216)

F1 pentadbiran pusat yang lemah
F2 Kelembapan dalam ilmu pengetahuan
F3 Kegiatan ekonomi yang terhad.
F4 Sifat gereja yang mengongkong

(b) Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradsional. (Buku Teks ms. 216)
F1 Raja menjadi penaung utama dalam negara
F2 Raja memiliki tanah secara mutlak
F3 Raja menaungi pembesar
F4 Pembesar memberi khidmat kepada raja
F5 Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
F6 Terdapat golongan hamba

(c) Nyatakan sebab-sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada Zaman Gelap. (Buku Teks ms. 216)

F1 Gangguan orang-orang gasar
F2 Kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
F3 Masyarakat Eropah menumpukan kepada kegiatan pertanian
F4 Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
F5 Penggunaan mata wang yang terhad
F6 Masih menggunakan sistem barter


(d) Sebutkan perubahan-perubahan yang berlaku pada Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.(Ruj : Buku Teks ms. 216)
F1 Gereja berperanan sebagai institusi yang universal
F2 Gereja menjadi agen penyatuan
F3 Berlaku peningkatan aktiviti pertanian
F4 Berlaku pertambahan penduduk
F5 Wujudnya kegiatan perdagangan
F6 Kemunculan bandar-bandar
F7 Munculnya golongan pertengahan
F8 Rakyat terlibat dalam urusan politik



Soalan 2 [Tema 9 - Bab 10 - Struktur]
Tajuk : Renaissance
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang baru telah menyebabkan Zaman Renaissance bermula di Itali dan telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance ? ( Buku Teks Empat ms.217)

Renaissance bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom.



(b) Senaraikan ciri-ciri yang terdapat di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ ?(Buku Teks Empat ms.217)

F1 Kemunculan bandar-bandar yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa
F2 Berlakunya pertembungan budaya, agama dan bahasa di bandar-bandar utamanya
F3 Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
F4 Kemunculan pedagang yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
F5 Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan
F6 Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
F7 Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar menyebarkan idea Renaissance
F8 Penguasa Gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan



(c) Sebutkan dua orang tokoh cendekiawan Itali yang muncul pada Zaman Renaissance.
(Buku Teks ms.217- 219)

F1 Francesco Petrarch F2 Niccolo Machiavelli
F3 Giovanni Bocaccio F4 Galileo Galilei
F5 Leonardo da Vinci F6 Raphael
F7 Michelangelo


(d) Nyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada Zaman Renaissance. (Buku Teks ms.219 - 220)

F1 Kemunculan monarki baru
F2 Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
F3 Sistem perdagangan semakin berkembang
F4 Berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan
F5 Berkembangnya ilmu pengetahuan
F6 Lahirnya seniman dalam masyarakat
F7 Berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan, menekankan pemikiran logik dan saintifik.








Soalan 3 [Tema 9 - Bab 10 - Esei]

Huraikan cara kemasukan buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19


(i) Kemasukan buruh Cina Melalui sistem tiket kredit. Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.

Golongan sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh untuk majikan mereka.

Melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

Di bawah sistem pengambilan rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China. Ia dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi


(ii) Kemasukan buruh India, Melalui Sistem Buruh Bebas. Buruh India akan datang sendiri ke Tanah Melayu dengan biayaan masing-masing.

Melalui sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

Melalui sistem kangani, seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen. dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.




Nyatakan usaha mengawal wabak penyakit akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.


Menubuhkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur dan Taiping. Membina pusat kesihatan kecil. Membina hospital atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.

Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900.Institut ini membuat kajian punca penyakit dan langkah mencegah.Menitikberatkan kebersihan dan kesihatan di bandar-bandar.

Menubuhkan Sanitary Board menjaga kebersihan bandar Kuala Lumpur dan Perak. Menubuhkan Jabatan Kesihatan untuk mengambil alih tugas Sanitary Board menjaga kesihatan.









Soalan 4 [Tema 9 - Bab 10 - Esei]

Nyatakan kesan sosial akibat penggunaan buruh asing oleh British di Tanah Melayu.
Nota ringkas

Pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Peningkatan jumlah imigran Cina dan IndiaKedatangan imigran Cina dan India untuk menampung sumber tenaga kerja .

Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum. Orang Cina tinggal di kawasan lombong dan bandar . Orang India tinggal di kawasan estet.
Wujud jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum. Orang India menoreh getah. Orang Cina bekerja di lombong dan berniaga.

Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan. Tidak terdapat interaksi antara kaum yang meluas. Tidak wujud perpaduan antara kaum.

Menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional selepas merdeka. Pemerintah berusaha bertungkus lumus untuk menghapuskan perbezaan kaum


Huraikan faktor perkembangan bandar baru awal abad ke 20.


Pembinaan kemudahan infrastruktur. Jalan raya / bekalan air bersih / sekolah / pusat kesihatan / institusi kewangan

Pembinaan sistem perhubungan. Pembinaan jalan raya yang baik
Pembinaan jalan kereta api . Menghubungkan antara pekan dengan pekan/bandar. Menghubungkan antara kawasan petempatan dengan bandar

Wujud pertambahan fungsi ekonomi. Menjadi pusat kegiatan jual – beli. Pusat pengumpulan barangan. Pusat pengedaran barangan. Tempat / pusat orang ramai mendapatkan barangan

Kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi . bijih timah / bijih besi / arang batu / getah / petroleum. Wujud kawasan kegiatan perlombongan. Lembah Klang / Ampang / Ipoh / Taiping / Sg. Ujung / Miri. Wujud kawasan ladang – ladang getah

Wujud pertambahan penduduk. British menempatkan imigran Cina dan India di bandar-bandar baru

Jalan kereta api dibina menghubungkan kawasan pedalaman . Menggalakkan pembukaan kawasan ladang getah. Di Johor orang Eropah mula melabur dalam perusahaan getah.

Jalan denai digantikan dengan jalan raya yang berturap dan tanah merah. Mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah diganti dengan jalan raya .

Tahun 1911 jalan raya dari Seberang Prai ke Melaka siap telah siap dibina. Jalan raya dibina menghubungkan Perlis ke Singapura dibina pada tahun 1911-1928

Sistem perhubungan. Seperti telegraf / telefon / perkhidmatan pos / radio / perkhidmatan udara diwujudkan. Perhubungan antara negeri-negeri dapat dijalankan dengan lebih cepat dan cekap.







Soalan 5 [Tema 9 - Bab 10 - Struktur]

(a) Apakah peranan institusi kewangan

F1 Pembangunan dan kepesatan ekonomi
F2 Mempercepat dan melicinkan lagi urusan kewangan
F3 Menyediakan kemudahan pinjaman

F4 memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan
F5 memperkenalkan kaedah yang tertinggi
F6 dana dar luar Negara dapat disalurkan

F7 dengan lebih mudah dan cepat
F8 bank dapat bertindak sebagi ejen pembayar kepada pengekspot dan pengimpot
F9 menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin


(b) Huraikan sebab-sebab keperluan perkhidmatan insurans

F1 untuk melindungi dagang dan kapal pedagang
F2 kebakaran sering berlaku di kawasan bandar


(c) Senaraikan undang-undang berhubung tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah.

F1 Akta Tanah Simpanan Melayu
F2 Land Order
F3 Land Settlement Order
F4 Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi

(d) Apakah yang anda faham dengan maksud mayarakat majmuk

- Wujud pelbagai kaum dalam satu tempat ,
- tetapi berbeza dalam cara hidup , petempatan , pekerjaan , bahasa pertuturan


(e) Nyatakan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia semasa zaman penjajah

F1 Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.
F2 Orang Melayu tinggal di kawasan luar Bandar,
F3 kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum India tinggal diestet

F4 Pekerjaan mengikut kaum. Orang Melayu sebagai petani,
F5 orang Cina sebagai peniaga dan pekerja lombong bijih timah
F6 dan kaum India sebagai penoreh getah.

F7 Bahasa pertuturan berbeza anatara satu sama lain
F8 Tidak dapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas
F9 Sistem pendidikan vernacular dengan mengunakan bahasa ibunda
kaum masing



Soalan 6 [ Tema 9 - Bab 10 – Esei ]

(a) Jelaskan perkembangan perkhidmatan kesihatan pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu


Menubuhkan hospital di Bandar seperti di Taiping dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah iaitu di daerah Jesselton,
Sandakan, Beauford, Kudat dan Tawau.

Di Sarawak pedrkhidmatan perubatan tertumpu di Kucing, Sri Aman dan Sibu.Hospital atas sumbangan orang peseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur

Membina pusat kesihatan di luar Bandar untuk mengawal penyakit yang berjangkit dan mudah merebak. Sebanyak 14 pusat kesihatan kecil di Selangor, 2 di negeri Pahang dan 3 di Negeri Sembilan

Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mengawal wabak penyakit bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah pencegahan

Lembaga Sanitary Board ditubuhkan. Tujuan untuk mengawasi kebersihan di Bandar-bandar seperti Kuala Lumpur. Jabatan Sanitary Board kemudian mengambil alih tugas Sanitary Board


Nyatakan perkembangan sektor perkilangan


Pada tahun 1923 Syarikat Shum Yip telah mendirikan dua buah kilang kasut. Hasil keluaran untuk tujuan eksport ke Negara China.

Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan kilang di Klang, Selangor. Syarikat Fung Keong di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh menghasilkan barangan berasaskan getah.
Syarikat United Engineers mendirikan kilang mmembina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.

Perusahaan mengetin nanas berpusat di Johor oleh pengusaha dari China. Masyarakat tempatan telah terpinggir daripada arus ekonomi perdangangan


Terangkan perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British


Wujud sistem pendidikan Vernakular. Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar. Sistem ini mengubah sistem pendidikan tradisional Melayu.
Sebelum kedatangan penjajah kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di Surau , masjid dan Sekolah Pondok

Sekolah vernakular Melayu . Sekolah vernakular Melayu mula ditubuhkan di Negeri-negeri Selat. Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belanga, Singapura. Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Perai , Kuala Kangsar dan Batu Gajah
Sekolah Melayu untuk murid perempuan dibina di Negeri-negeri Selat.Namun sekolah itu didirikan diperingkat sekolah rendah dan kurikulum terbatas Tujuan untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya

Sekolah vernakular Tamil. Pendidikan Tamil disediakan oleh British di Bandar
seperti Sekolah Tamil Vivekanada di Seremban. Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

Sekolah vernakular Cina. Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China. Contohnya Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah. Menggunakan dialek masing manakala guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari Cina.
Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan. Tujuan menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina

Pendidikan tinggi. Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak .
Tujuan melatih guru sekolah Melayu. Satu-satunya lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu

Sistem Pendidikan Inggeris . Dimulakan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap sebagai elit kerana lokasinya di bandar.
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan Inggeris. British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura

1 comment: